Dua lokasi tasik di Ipoh yang menarik untuk disinggah, pasti tidak mengecewakan!
Ipoh, Perak pernah diiktiraf portal pengembaraan dunia, Lonely Planet sebagai antara 10 wilayah terkemuka dunia untuk dilawati kerana mempunyai banyak lokasi warisan yang cantik di sekitar.
Tahu tak di Ipoh ada 2 lokasi tasik yang sangat menarik dan tidak mengecewakan untuk singgah iaitu:
- Kayuh Itik Keliling Tasik Gua Kek Look Tong
Gua Kek Look Tong merupakan salah satu destinasi menarik yang menjadi tumpuan ramai pengunjung tempatan dan luar jika ke Ipoh. Terletak berdekatan Gunung Rapat dan 5 km dari bandaraya Ipoh, destinasi ini terkenal dengan gua batu kapur yang besar.
Pada sekitar tahun 1960, gua ini dijadikan tapak perlombongan bijih timah. Kini menempatkan sebuah tokong Buddha yang telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah kerana keindahan landskap taman disebalik gua ini.
Pemandangan disekitar kawasan ini begitu indah. Banyak tarikan menarik diwujudkan di sekitar kawasan ini untuk pengunjung beriadah dah bersantai. Antaranya aktiviti air mengelilingi tasik.
- Naik Bot Keliling Tamana Reakreasi Gunung Lang
Jika berada di Ipoh jangan lupa luangkan sedikit masa ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak. Terletak di utara pusat bandar raya Ipoh, kawasan ini merangkumi taman seluas 30.35 hektar dan tasik seluas 14.16 dengan berlatarbelakangkan bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike.
Taman ini dilengkapi tiga tasik buatan yang dipenuhi pelbagai spesies ikan air tawar. Pelbagai keistimewaan lain yang ada di sini antaranya air terjun buatan manusia selain menawarkan pelbagai aktiviti riadah lain seperti memancing, mendaki bukit, merentas belukar, menjelajah gua dan banyak lagi. Lokasi ini sangat terkenal dijadikan ‘stop over point’ laluan pengguna Lebuh raya Utara Selatan.
Untuk datang ke destinasi ini, penggunjung perlu melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar. Alang-alang jika anda dalam perjalanan dari utara ke selatan, atau selatan ke utara singgahlah sebentar di sini. Memang tak rugi!
Apa Yang Menarik?
Menurut perkongsian Libur, dipintu masuk Taman Rekreasi Gunung Lang, anda boleh menikmati percikan air dari air terjun buatan yang merupakan air terjun buatan manusia tertinggi di Malaysia. Air terjun ini beroperasi iaitu: Isnin hingga Jumaat -10 pagi-12 tengah hari & 4 petang-6 petang. Sabtu & Ahad/cuti umum – 9 pagi-11 pagi,1 petang-3 petang & 5 Petang-7 Malam sahaja.
- Anda boleh menaiki bot mengelilingi tasik buatan sambil menikmati kehijauan bukit batu kapur cukup mendamaikan.
- Anda boleh mengikuti laluan pejalan kaki yang meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk wakaf terapung, rumah tradisi Perak dan menara pandang jauh.
- Anda boleh memberi makan kepada ikan jenis keli Afrika dan Ikan Koi, talapia dan lampam yang bersaiz besar. Makanan ikan ada dijual di gerai makanan cuma berharga RM1 sahaja.
- Untuk si kecil, taman ini turut menyediakan taman permainan kanak-kanak yang lengkap dan tapak perkhemahan.
- Untuk melihat panorama kawasan ini, anda boleh naik ke menara tinjau yang disediakan.