“Rindu nak berjenaka dengan kawan kita” – Shuib akui Jep pasangan terbaik

“Rindu nak berjenaka dengan kawan kita” – Shuib akui Jep pasangan terbaik

 

“Rindu nak berjenaka dengan kawan kita” – Shuib akui Jep pasangan terbaik

Ekoran isu hubungan kumpulan pelawak Sepahtu, Shuib akui merindui momen-momen terindah sepanjang menjadi penghibur dalam industri hiburan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad, 41, akui rindu untuk kembali beraksi sebagai Sepahtu.

Tambahnya, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin merupakan rakan yang paling serasi untuk bekerjasama.

Kita kawan bukan satu hari, satu bulan atau satu tahun.

Kita kawan belas tahun lama.

Kita berkarya dengan lawak, sampai orang pun cakap chemistry saya dengan Jep memang menjadi. Jadi, tipulah kalau saya tak rindu.

Rindu yang paling nombor satu adalah kita nak berjenaka dengan kawan kita.

Saya akui, saya punya partner yang paling menjadi adalah Jep.

Dalam pada itu, Shuib akui menerima takdir jika ditetapkan Sepahtu tidak akan kembali bertiga seperti awal kemunculan mereka.

Kalau kata Allah dah tetapkan begini jalan ceritanya, kita terima.

Mungkin ke depan kita tak tahu.

@fourzy4z

♬ bunyi asal – Fourzy_4z – Fourzy_4z