Saham restoran Sukiya merudum selepas bangkai tikus ditemui dalam hidangan

Saham restoran Sukiya merudum selepas bangkai tikus ditemui dalam hidangan

 

Saham restoran Sukiya merudum selepas bangkai tikus ditemui dalam hidangan

Saham Zensho Holdings yang mengendalikan rangkaian restoran Jepun Sukiya, merosot sebanyak 7.1 peratus, paling banyak sejak 13 Februari lalu, selepas tikus ditemui dalam hidangan.

Menurut kenyataan syarikat itu, sahamnya merosot selepas seorang pelanggan menemui tikus mati dalam sup miso yang dipesannya.

Sukiya berkata, haiwan itu masuk ke dalam sup ketika makanan sedang disediakan di sebuah cawangan di Tottori, barat Jepun, pada 21 Januari dan gagal disedari kakitangannya.

Rantaian restoran itu, dalam satu pengumuman yang dibuat pada Sabtu lalu, berkata pihaknya akan menggandakan langkah-langkah kebersihan.

Pihak restoran juga memohon maaf kerana gagal mendedahkan kejadian itu lebih awal.

Susulan laporan itu, pelanggan menjadi ragu-ragu dan bimbang untuk mengunjungi rangkaian restoran berkenaan.

Sukiya mengendalikan sekitar 2,000 cawangan di seluruh Jepun dan terkenal dengan hidangan mangkuk nasi daging lembunya.

Sementara itu, penganalisis di Iwai Cosmo Securities, Shoichi Arisawa, berkata kesan jangka panjang saham Zensho akibat penemuan bangkai insiden tikus itu membawa kepada kejatuhan ketara dalam bilangan pelanggannya.

Ini kerana, jelas beliau, katanya, Zensho mencatatkan keuntungan saham disebabkan lonjakan harga baru-baru ini.

Saham syarikat itu meningkat sekitar 25 peratus dalam tempoh 12 bulan lalu, mengatasi prestasi Indeks Topix.

“Saya tidak rasa kes itu menggambarkan masalah struktur berkaitan dengan perniagaan tetapi Sukiya tidak boleh menolaknya sebagai suatu kes ‘terpencil’,” katanya.