Bodohkan 1 Malaysia, rahsia pil Aliff Syukri terbongkar

Bodohkan 1 Malaysia, rahsia pil Aliff Syukri terbongkar

 

Susulan video kontroversinya menari ghairah bersama Baby Shima dikecam teruk, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan akan mengundurkan diri dari media sosial.

Selepas memuat naik video tersebut, perkongsian Aliff mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar ubat dengan kapsyen, “Matikan aku dengan tenang dan beriman”.

Perkongsian Aliff itu sekaligus menimbulkan kerisauan mengenai keadaan usahawan itu serta meminta supaya beristighfar.

Tidak kurang juga, ada yang tertanya-tanya adakah gambar itu merupakan mesej untuk dia membunuh diri.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen mengatakan itu hanyalah drama semata-mata untuk meraih simpati daripada orang ramai. Difahamkan, perkongsian itu telah pun dipadam beberapa minit dimuat naik.

Seorang netizan tampil mendedahkan gambar pil yang di muat naik oleh Aliff Syukri tersebut merupakan gambar ubat milik beliau yang di kongsi pada tahun 2020.

Pulak dah! Kejadahnyaaaa

Kredit: NaufalAntezem

Naufal mengakui tidak kesah jika gambarnya diambil tapi marah sebab tiada hati perut main-mainkan benda seperti ini.

Ini kerana ubat yang ditunjukkan itu adalah untuk mereka yang menghidap bipolar jenis dua, Epilim (pil ungu), Luvox (putih) dab Lorazepam (biru).

Naufal turut menjelaskan Luvox bertujuan untuk meningkatkan mood supaya tidak memasuki mood kemurungan dan Epilim akan seimbangkan di antara maniac dan kemurungan. Lorazepam pula untuk tidur.

Reaksi netizan selepas pendedahan ini

“Snap gambar vitamin pun org dah percaya lip.. Ni ko cilok gambar org..”

Sebelum ini Rozita Ibrahim, ibu usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meminta anaknya memadamkan klip video teaser lagu dangdut ‘Baby Sayang’ nyanyian duetnya bersama Baby Shima di Instagram ahli perniagaan berkenaan.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini, Rozita meminta anaknya itu supaya memadam video klip berkenaan dalam tempoh 24 jam.

“Ni baiklah mak (ibu) warning (beri amaran) mak malu. Percayalah… tidak akan barakah rezeki dan nikmat kehidupan jika hilang rasa malu, melebihkan dunia sampai dah tak ada adab dan akhlak demi kerana content (kandungan media sosial).

“Mak suruh kamu delete (padam), tak nak delete (padam) video mencabar nampaknya. Ini merosakkan generasi kita yang sepatutnya jadi contoh kepada mereka,” katanya menerusi hantaran itu.

Rozita turut meluahkan kesedihannya dengan perbuatan Aliff Syukri dan meminta anaknya itu supaya tidak memalukan keluarga mereka.

“Malu ialah sebahagian dari iman, nasihat itu pakaian dan makanan roh. Teguran Mak Kri (Aliff Syukri) tidak mahu ikut – tak kasihan kepada kami.

“Mak terpaksa post (muat naik) dekat sini secara terbuka, apa Kri buat memalukan mak… jujur mak tidak mahu malukan Kri, mak cuba nasihat dekat belakang,” katanya.

Rozita dalam hantaran itu turut merayu kepada Aliff Syukri supaya memadam video klip berkenaan yang menyebabkan keluarga mereka dicemuh dan dihina netizen.

“Kasihan pada arwah abah, nenek… Kri baik dan sayangkan makkan jadi mohon delete (padam).

“Kri hanya ada mak je (saja) orang tua – pandang Ida (isteri) – anak-anak – kami tak bersalah kri , nak ke mak atau Ida mati kerana tertekan,” katanya.