Bayi berusia dua hari meninggal dunia, saluran pencernaan membengkak selepas diurut nenek

Bayi berusia dua hari meninggal dunia, saluran pencernaan membengkak selepas diurut nenek

 

Anak syurga berusia  2 hari meninggal, saluran pencernaan bengkak selepas diurut nenek. Tidak semua pandangan orang lama boleh diikuti meskipun ramai mendakwa terlebih dahulu makan garam.

Dalam satu perkongsian curahan hati seorang ibu, dirinya berkongsi kehilangan anak syurga gara-gara diurut oleh nenek sebelah suami.

Dan pastinya kes ini boleh menjadi iktibar buat ibu-ibu muda di luar sana bahawa bayi kecil tidak boleh diurut dengan begitu kuat.

Menurut ibu malang ini, Uswa dalam akaun Tik Toknya @uswaaaaa.h yang berasal dari Klaten, Jawa Indonesia, dia kehilangan anak syurganya pada 30 Disember lalu.

Anak Syurga Berusia 2 Hari Meninggal, Saluran Pencernaan Membengkak Selepas Diurut Nenek

Dalam video dikongsikan, kelihatan Uswa berkongsi gambar bayinya Devandra. Tulisnya,

“Assalamualaikum Devandra…

“Dua foto yang ada kamu tapi mempunyai makna yang berbeza.Di mana Mama bangga sekali melahirkan kamu sampai ke dunia sampai ke hari di mana Mama harus kehilangan kamu. Jadi anak yang soleh  ya sayang, agar kamu boleh membawa Mama dan Papa ke syurga Allah di mana kitab oleh berkumpul lagi ke sana.

“Sekarang kamu sudah tidak sakit lagi ya  sayang. Tenang di syurga ya sayang, “ tulis Uswa.

Catatan sebaknya itu membuatkan kisahnya kehilangan bayi akibat diurut oleh nenek telah menjadi viral.

Menurut ibu muda ini, urutan yang dilakukan telah mengakibatkan saluran pencernaan bayi syurganya membengkak dan ketika dibawa ke rumah sakit, keadaan bayinya agak kritikal di mana tubuhnya membengkak.

Malah dirinya berkongsi anaknya perlu dipakaikan saluran tiub pernafasan dan sedang dirawat di rumah sakit.

“Saya sudah melarang hal ini dilakukan kerana tubuh bayi lembut tetapi nenek sebelah suami mengatakan dirinya lebih tahu dengan apa dilakukannya.

Lebih menyedihkan nenek langsung tiada rasa bersalah sebaliknya mengatakan kematian cicitnya adalah sesuatu yang telah ditakdirkan.

Dalam pada itu kata Uswa, dia berharap kisah yang menimpa bayinya boleh menjadi pengajaran buat ibu-ibu muda yang baru mendapat bayi.