Tular video timbunan kampit beras & lambakan stok makanan didakwa dibuang, pagi tadi tengok semua dah ‘clear’?

Tular video timbunan kampit beras & lambakan stok makanan didakwa dibuang, pagi tadi tengok semua dah ‘clear’?

 

Sejak dari semalam, tular video dan gambar yang memaparkan timbunan beras dalam jumlah yang banyak kelihatan dibuang di sebuah pusat pembuangan sampah dekat Kuala Krau, Pahang.

Menerusi video itu, selain beras, kelihatan stok makanan lain seperti tepung, gula, mihun dan tin sardin dibuang di Jalan Kampung Gunung Senyum-Rumpun Makmur, Kuala Krau.

“Kenapa buang beras ni, kenapa tak bagi kepada orang? Kalau ada bubuk sekalipun, masih boleh bersihkan.

“Apakah ini stok banjir yang terperap tidak digunakan? Info mengatakan sardin, mi, teh uncang, tepung gandum dan masih ada barangan yang belum expired.

“Persoalannya pihak mana yang buang dan kenapa?” kata salah seorang individu di Facebook.

Menurut mStar, individu yang melaporkan mengenai hal ini memaklumkan bahawa ada pihak yang membakar stok barangan makanan itu selepas ia tular.

Terdapat juga beberapa gambar yang tular memaparkan timbunan makanan yang dibuang dan dibakar di kawasan tersebut.

Individu ini menggesa agar pihak yang berkaitan melakukan siasatan terhadap kejadian itu.

Expired

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaru seorang netizen, kawasan yang dipenuhi stok makanan tersebut kelihatan sudah kosong dan bersih sepenuhnya pada pagi ini.

“Siapa-siapa yang nak gi Rumpun Makmur Gunung Senyum kutip beras tepung dan lain-lain tu tak payahlah pergi.

“Clear dah sampai jam 3, 4 pagi kot dikerjakan. Video tapak lawatan di gambar. Lapang dan laju hebat kerjanya.

“Sesiapa rajin atau tahu info, tepeklah depa buang sorok kat mana pula,” tulisnya..

Isu tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang sedih melihat stok makanan dibuang dan membazir dengan begitu sahaja

Beras Buang

Harap pihak berkuasa boleh siasat bagaimana stok makanan macam ni boleh dibuang begitu saja. Rugi sangat. Ramai yang memerlukan bantuan makanan.