Akui diuji Tuhan, El Azman akhirnya buka mulut selepas didakwa buang nama isteri daripada syarikat

Akui diuji Tuhan, El Azman akhirnya buka mulut selepas didakwa buang nama isteri daripada syarikat

 

Sebelum ini tular kemelut yang berlaku antara pasangan usahawan Nur Amirah dan El Azman apabila Nur Amirah mendakwa suaminya iaitu El Azman telah membuang namanya daripada syarikat walaupun dirinya merupakan pengasas bersama jenama pakaian Elrah Exclusive.

Hal tersebut telah mendapat perhatian netizen dan El Azman telah memberikan respon berhubung isu itu di Instagram miliknya. Menurutnya, setiap ujian yang diturunkan adalah bukti kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-Nya.

Malah, El Azman juga percaya disebalik kesabaran menghadapi dugaan akan membuatkan individu itu makin dekat Maha Pencipta. Tambahnya, walaupun dicaci, dihina atau difitnah tetapi tetap bersabar dan redha maka semuanya akan kembali baik semula.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengatakan mustahil untuk mendapatkan masa, kebahagiaan dan harta sekali gus. Malah, dirinya berharap dapat mengecapi semua itu dalam kehidupannya.