[Video] Sokong suami saat tak punya apa-apa, influencer sedih nama dibuang dari syarikat sendiri

[Video] Sokong suami saat tak punya apa-apa, influencer sedih nama dibuang dari syarikat sendiri

 

Bagi sesiapa yang meminati jenama pakaian Elrah Exclusive, pasti mengenali pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Nuramirah dan Elazman yang merupakan founder kepada jenama tersebut.

Selain daripada bergelar usahawan, mereka juga adalah salah seorang influencer yang mempunyai pengikut agak ramai di laman sosial masing-masing.

Dakwa dikhianati suami

Namun, perkahwinan mereka dikatakan agak tegang walaupun pernah beberapa kali mencuba untuk memperbaiki hubungan.

Susulan daripada itu, Nuramirah atau biasa membahasakan diri sebagai Kak Migha buat para pengikutnya telah menyatakan yang dia telah dikhianati kembali oleh suami.

 

Nama dibuang dari syarikat

Menerusi Video yang dimuat naik semula oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai @aamiey14___, Nur Amirah memaklumkan yang dia telah dibuang daripada syarikat oleh suaminya sendiri walaupun sebelum ini dia bergelar pengarah syarikat selepas meminta untuk berpisah.

Walau bagaimanapun, dia menafikan dirinya gilakan harta kerana apa yang dilakukan adalah untuk mendapatkan hak diri dan anak-anak kerana sebelum ini dialah yang membangunkan syarikat itu ketika suaminya masih tidak mempunyai apa-apa.

 

Alami tekanan perasaan di awal perkahwinan

Tak hanya itu, usahawan muda tersebut juga memaklumkan yang dia pernah mengalami tekanan perasaan atau depresi di awal perkahwinan dan pernah meminta untuk diceraikan kerana tidak merasa bahagia.

Lebih menyedihkan, Nur Amirah menyatakan yang dia terpaksa pergi  memeriksa kandungan sendirian sepanjang kehamilan kerana suami memberi alasan sibuk dengan kerja.

 

Tak tahan lagi dengan apa yang berlaku

Dalam live tersebut, usahawan berkenaan dilihat begitu sebak dan tertekan sehingga merayu agar suaminya segera melepaskan dirinya kerana sudah tidak tahan lagi hidup dalam perkahwinan yang tidak bahagia.

 

Harap ada pihak yang sudi nasihat suami

Dia juga berharap agar mana-mana pihak yang mengenali suaminya supaya membantu memujuk lelaki itu untuk menjadi seorang yang lebih bertimbang rasa.