Pemandu lori didakwa halang laluan perjalanan konvoi Nissan GT-R & Ford Mustang cetus pertikaian ramai

Lorong kecemasan merupakan salah satu lorong yang sering disalah guna oleh segelintir pengguna jalan raya tanpa kira status atau jenis kenderaan yang di bawa. Lebih-lebih lagi ketika lorong utama sedang sesak bergerak perlahan.
Baru-baru ini sekumpulan konvoi kereta mewah terdiri daripada beberapa buah Nissan GT-R R35 dan Ford Mustang didakwa telah dihalang oleh sebuah lori daripada meneruskan perjalanan mereka.
@official_deenggs habuan….
Bagaimanapun, tindakan pemandu lori tersebut telah mencetus pertikaian oleh sebahagian warganet. Ramai yang menyokong pemandu lori itu seolah-olah nampak seperti ‘membantu’ menghalang sekumpulan kereta mewah daripada menggunakan ‘lorong kecemasan’.
Namun, sekumpulan warganet menyatakan lorong yang digunakan mereka itu merupakan lorong paling kiri untuk susur keluar dari lebuh raya kerana ia mempunyai garisan putus-putus.

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @OFFICIAL_DEENGGS

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @OFFICIAL_DEENGGS

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @OFFICIAL_DEENGGS

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @OFFICIAL_DEENGGS

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @OFFICIAL_DEENGGS
Bagi menjernihkan keadaan, sebahagian pengguna TikTok yang lain pula meminta orang ramai berhenti membuat pelbagai andaian buruk kerana rakaman video yang dikongsikan tersebut tidak penuh.