246 mangsa banjir di Perak

246 mangsa banjir di Perak

Seramai 246 mangsa banjir daripada 90 keluarga ditempatkan di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini setakat pukul 10 pagi ini.

Daripada jumlah itu, Bagan Serai mencatat bilangan mangsa paling tinggi iaitu seramai 152 orang daripada 60 keluarga.

Mangsa banjir di Bagan Serai kini ditempatkan di PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai sejak pusat berkenaan dibuka pagi semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, lain-lain PPS yang masih dibuka ialah Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara, di Larut (55), PPS SRAR Ngah Ibrahim, Matang (34) dan PPS Dewan MPTI, Langkap di Pasir Salak (15).

Sumber: Utusan