“Infak kepada orang yang perlukan” – Fattah Amin tolak komisen hasil jualan kambing perap

“Infak kepada orang yang perlukan” – Fattah Amin tolak komisen hasil jualan kambing perap

 

Pelakon sensasi, Fattah Amin tolak komisen hasil jualan kambing perap yang berjaya terjual hampir 10,000 set dengan setiap satu set mempunyai tiga pek sepanjang tiga jam bersiaran di platform TikTok, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh jenama kambing perap itu di laman Instagramnya, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin mahu menyalurkan komisen tersebut kepada golongan yang memerlukan.

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat tangkap layar perbualan antara pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu dan syarikat tersebut di dalam sebuah group WhatsApp.

Perbualan itu menunjukkan jenama kambing perap tersebut memberitahu jumlah komisen yang diraih oleh aktor tersebut namun tidak didedahkan kepada umum.

Fattah Amin tolak komisen

Bagaimanapun, bekas suami aktres Nur Fazura itu meminta bantuan jenama kambing perap tersebut untuk menginfakkan komisennya kepada insan memerlukan.

“Alhamdulilah, terima kasih bos. Cuma komisen tu nak minta tolong team pak mat uruskan boleh? Infak kepada orang yang memerlukan,” ujar Fattah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap pemurah Fattah malah ada netizen teka jumlah komisennya lebih RM90,000 walaupun sudah ditutup oleh jenama kambing perap itu.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Fattah dimurahkan rezeki selalu dan berharap segala urusannya dalam mencari rezeki dipermudahkan.