“Zan, sila Zan..” – Johan minta baca doa penutup, reaksi spontan Zizan ini buat ramai terhibur

“Zan, sila Zan..” – Johan minta baca doa penutup, reaksi spontan Zizan ini buat ramai terhibur

Kumpulan lawak Senario banyak mewarnai hidup kita dengan jenaka yang mereka sampaikan. Selepas kumpulan Senario, muncul pasangan duo Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan.

Selepas sekian lama tidak mendengar jenaka dari dua kawan baik ini, mereka tampil dalam satu video berunsur keagamaan.

Sebelum video itu tamat, Johan sempat menyakat Zizan untuk membaca doa penutup.

Reaksi spontan Zizan dalam video tersebut buat ramai orang terhibur.

Korang boleh tengok reaksi Zizan dan video @zaimabed kat bawah ni.

Tiba-tiba line tak clear

Program yang dihadiri Ustaz Syamsul Debat, Zizan, Johan dan isterinya Ozlynn telah diadakan secara dalam talian akibat pandemik Covid-19. Tengok Johan menyakat Zizan hilang terasa rindu nak tengok dorang beraksi atas pentas.

 

Itu lah, pakai tak nak kalah, sekali minta baca doa penutup dan-dan lah line tak clear pulak. Ada-ada je alasan Zizan ni.

Min pun rindu nak menyakat kawan macam dulu. Minta-minta lah pandemik ni cepat habis, untuk kebaikan sosial kita semua.

Lawak spontan macam ni memang Jozan champion lah. Dorang dua ni memang ada je idea nak menyakat satu sama lain. Terhibur semua dibuatnya. 

Yang masih ada online class atau meeting time WFH ni jangan buat macam Zizan pulak ye. 

Sumber: lobakmerah