“Zaman Tokti dah habis, kena terima kenyataan” – Peminat Aina Abdul mahukan gelaran penyanyi No.1?

“Zaman Tokti dah habis, kena terima kenyataan” – Peminat Aina Abdul mahukan gelaran penyanyi No.1?

 

Penyanyi yang dikenali ramai, iaitu Aina Abdul merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pasti satu Malaysia sudah mengenali beliau.

Kini namanya melonjak naik ke tahap yang lebih tinggi, kerana bakatnya dalam bidang nyanyian serta menulis lagu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Aina Abdul juga, dikenali dengan fesyen yang diluar jangkaan serta fesyen Aina sering menjadi tumpuan orang ramai.

Aina adalah antara selebriti yang berani mencuba pelbagai jenis silhouette fesyen, di mana tidak ramai selebriti yang berani untuk mencubanya.

Bukan itu sahaja, malah setiap hasil karya lagu ciptaannya juga membawa maksud yang mendalam serta muzik videonya juga mempunyai maksud dan makna yang tersendiri.

Peminat Berbalah Mahukan Gelaran Penyanyi No.1?

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai gelaran penyanyi no 1 negara yang kini menjadi milik Dato Sri Siti Nurhaliza yang diinginkan beberapa peminat untuk penyanyi kegemaran mereka.

Salah seorangnya yang terpalit nama adalah Aina Abdul, apabila segelintir peminatnya yang menginginkan dan mengatakan bahawa kini Aina Abdul adalah penyanyi no.1 serta mengatakan Tokti sudah tidak relevan untuk masa kini.

Namun ada juga pihak lain yang berpendapat bahawa Dato Sri Siti Nurhaliza menyandang gelaran tersebut oleh kerana pencapaiannya dalam mendapat anugerah dan mengharumkan nama negara di persada dunia serta menjadi antara penyanyi yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Mereka juga membandingkan pencapaian Aina Abdul jika mahu dibandingkan dengan Tokti tersangatlah jauh.

“Penyanyi nombor satu Malaysia adalah Aina Abdul”

“Zaman ct dah habis, so kena terima kenyataan itu”

“Award Tokti pun 300+, ko rasa ada yang boleh lawan ke? for me takde. Muncullah 100 tahun pun still susah, sebab tokti memang ada aura no.1”

“its not about zaman at all, Siti no 1 sebab pencapaian and sumbangan terhadap negara yang belum dicapai oleh mana-mana penyanyi lagi pon”

“So tunggu jelah sampai Siti Nurhaliza bersara dan dapat gelaran pangkat BIDUANITA NEGARA baru boleh Aina Abdul, Sekarang ni memang tak lah” – kata mereka

Apa-apa pun, tidak kiralah siapa pun penyanyi no.1 negara, apa yang penting adalah peminat-peminat haruslah tidak merendahkan penyanyi lain dan gelaran tersebut bukan diberikan kerana popular hanya beberapa buah lagu namun pencapaiannya juga turut diambil kira.