Zahirah MacWilson selamat lahirkan anak kedua, beri nama Inara Raisa

Zahirah MacWilson selamat lahirkan anak kedua, beri nama Inara Raisa

 

Pelakon cantik, Zahirah MacWilson selamat bersalin anak kedua apabila berkongsi momen tersebut di Instagram miliknya.

Menerusi posting berkenaan, Zahirah dan suami, Aiman Hakim Redza serta anak sulung mereka, Isaac Raees telah bergambar bersama bayi perempuan yang selamat dilahirkan pada 31 Mei 2024.

Dalam hantaran terbabit, pasangan selebriti itu sepakat menamakan anak kedua mereka Inara Raisa yang dilahirkan pada pukul 8. 58 malam waktu Australia.

Mereka juga meluahkan rasa syukur kerana proses kelahiran berjalan dengan lancar serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan.

“Terima kasih semua untuk semua doa & ucapan hangat anda, kami benar-benar diberkati..

Semoga Allah SWT melindungi & melimpahkan rahmatnya kepada Inara tersayang,” tulis Zahirah.

Susulan daripada itu, posting tersebut telah dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada kenalan dan peminat pasangan romantik berkenaan.

Mereka juga mendoakan agar Inara Raisa membesar menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa serta meluahkan rasa syukur ibu dan anak dalam keadaan sihat.

Terdahulu, Aiman Hakim telah memuat naik gambar isteri tercinta di wad bersalin dengan kapsyen menanti sama ada bayi kedua mereka akan keluar pada penghujung Mei ataupun awal Jun.

Namun, penampilan Zahirah yang tetap cantik walaupun sedang menanti untuk melahirkan cahaya mata telah menjadi perhatian ramai.

Zahirah Macwilson selamat bersalin

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah telah selamat mendirikan rumah tangga pada Februari 2020. Mereka telah menimang cahaya mata pertama pada Januari 2021 di Australia.