“Ytjt betapa teruknya..” – Cikgu diserang makcik kantin, pelajar tampil dedah punca makanan tak laku

“Ytjt betapa teruknya..” – Cikgu diserang makcik kantin, pelajar tampil dedah punca makanan tak laku

 

Tular di media sosial rakaman video menunjukkan pengusaha kantin menegur guru yang menjual pelbagai makanan di sekolah.

Pengusaha kantin meluahkan rasa kecewa dengan ‘saingan’ yang diberikan kiosk berkenaan sedangkan sekolah sudah menyediakan kantin.

@kim_selat

Pelik Betul Lah, Pihak Sekolah Dan Pengetua Tak Ambil Tahu Ke Tentang Masalah Ni, Mana Boleh Cikgu-Cikgu Berniaga Dekat Sekolah, Kan Dah Ada Kantin, Banyak Gila Pulak Tu Jual Barangan Makanan/Minuman, Apa Guna Ada Kantin, Kalah Cikgu Pulak Yang Nak Berniaga.? Baik Tak Payah Buka Kantin, Teruk Sangat Dah Ni, Sekolah Mana Lah Ni, Harap Pihak Berwajip Mengambil Tindakan Sewajarnya, Kesian Owner Kantin.. #fypppppppppppppppppppppp #malaysia #videoviral

♬ original sound – 카이릴 이즈완 – 카이릴 이즈완

Terbaru, beberapa individu dipercayai pelajar sekolah berkenaan tampil membuat pendedahan mengejutkan. Mereka meluahkan punca kantin tidak mendapat sambutan daripada pelajar.

Selain makanan tidak sedap, pelajar mendakwa ianya dijual dengan harga yang mahal dan tidak berkualiti.

Malah, kebersihan kantin juga dikatakan tidak memuaskan membuatkan pelajar hilang selera nak makan. Pelajar juga mendakwa pengusaha kantin kedekut dan berkira membuatkan mereka tidak selesa.

kantin

kantin

Dan rupa-rupanya, kiosk itu di bawah Program Tunas Niaga (Protune) untuk memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah.

Difahamkan, petugas di kiosk berkenaan juga terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan mereka mendapat bayaran tertentu manakala cikgu tak dapat untung pun.

Pelajar juga dikatakan sudah membuat aduan mengenai kantin tetapi tak ada sebarang tindakan diambil.