Youtuber popular didakwa cabul isteri orang, makan penumbuk selepas cuba ‘settle’ tepi

Youtuber popular didakwa cabul isteri orang, makan penumbuk selepas cuba ‘settle’ tepi

 

Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai satu dakwaan membabitkan seorang Youtuber terkenal yang dipercayai mencabul dan mengugut isteri orang.

Youtuber didakwa cabul isteri orang

Isu ini mula terbongkar dan diketahui ramai selepas seorang individu yang dikenali dengan nama Mrjkurakura02 membuat live di TikTok ketika dia berjumpa dengan Youtuber terbabit.

Menerusi sedutan live yang dikongsikan semula oleh netizen, memperlihatkan Mrjkurakura02 bersama beberapa individu lain tidak berpuas hati dengan tindakan Youtuber terbabit yang didakwa mencabul dan cuba merogol seorang wanita yang berstatus isteri orang.

Menerusi video terbabit, kedengaran Mrjkurakura02 meminta Youtuber terbabit menyerah diri dan mengaku perbuatannya itu kepada pihak polis.

B***h lah kau ni. Kau dah ada kerjaya, dah elok dah. Orang dah kenal kau, satu Malaysia kenal kau lah! Macam macam perempuan kau boleh bayar lah. Budak tu tadi aku tengok muka dia aku tak lalu nak pandang, kasihan kau tahu tak. Kau punya perangai ni buat malu lah.

‘Mana pergi maruah diri kau?’

Sementara menerusi video terbaru di TikTok, Mrjkurakura02 mendakwa sudah membuat laporan polis dan kini mereka hanya menunggu Youtuber terbabit untuk menyerah diri sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Sekarang laporan polis dah dibuat, sekarang kita tengah tunggu suspek ni dia telah mencabul dan cuba merogol, raba budak perempuan sorang ni yang merupakan isteri orang. Mana pergi maruah diri kau sebagai seorang Youtuber. Kalau korang nak tahu siapa Youtuber ni, korang tunggu.

Kita bagi dia serah diri dulu dekat polis. Kalau dia tak serah diri dekat polis, aku akan lambung gambar dia nanti. Kau nampak video aku ni kan? Kau tolong serah diri kau dekat polis. Kau tunggu.

Difahamkan, Youtuber terbabit sudah hadir ke balai polis untuk memberi keterangan berhubung isu yang membabitkan dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen tertanya-tanya siapakah gerangan Youtuber tersebut malah ada di antara mereka seakan sudah tahu individu yang dimakudkan Mrjkurakura02.

Menurut mereka, sekiranya benar Youtuber terbabit bersalah, maka pihak berkuasa perlulah mengambil tindakan yang sewajarnya.

Video