Youtuber Isa Isarb jawab isu promosi iklan judi, “Terpaksa ambil sebab darurat…”

Youtuber Isa Isarb jawab isu promosi iklan judi, “Terpaksa ambil sebab darurat…”

 

Personaliti media sosial dan Youtuber terkenal, Isa Isarb pernah menjadi bualan ramai apabila mengetahui konten video cabaran yang dianjurkannya sebanyak RM10,000 pada April lalu telah ditaja oleh syarikat M88.

M88 tersebut adalah sebuah syarikat perjudian online yang turut beroperasi di Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Isa Isarb jelas isu iklan judi -“Terpaksa sebab darurat”

Terbaharu, Isa Isarb tampil menjelaskan mengenai isu iklan dari syarikat judi tersebut dalam salah satu video di saluran Youtube miliknya.

Menerusi sebahagian petikan daripada video Youtuber baharu yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok, Isa mendedahkan keadaan ‘darurat’ adalah punca dia menerima iklan tersebut.

@mr_michael31

@Isa Isarb sendiri dh buka mulut buat penjelasan pasal benda ni. Harap lepasni dh xde lagi isu pasal M88 ni lahh☺️☺️ #fyp #fypage #fypシ #xyzbca #isaisarb #isarbclan #esekeli #m88isa

♬ original sound – B R E W 📸 – B R E W 📸

Katanya lagi, hanya dua episod sahaja dia mengambil iklan berkenaan.

“Hanya dua minggu sahaja kerana lembaga pengarah ada yang Islam dan bukan Islam. Lagi satu sebab, masa itu tengah kena kejar income tax (LHDN). Disebabkan itu yang saya ambil.” ujarnya.

Buang ahli kumpulan sebab asyik persoal hal iklan syarikat judi

Dalam pada itu, Isa juga tampil menerangkan punca salah seorang ahli Isarb Clan dibuang serta-merta kerana berpendapat individu tersebut sebenarnya ‘talam dua muka’ kerana asyik mempersoalkan hal iklan judi.

“Dia tahu (salah seorang ahli Isarb Clan) sebab saya ambil. Tapi dia memperbesarkan perkara tersebut. Walhal pada masa itu darurat,” jelas Youtuber itu.

Niat tak menghalalkan cara walaupun darurat

Perkongsian itu menerima kecaman hebat daripada warganet di ramai mengatakan perbuatan Isa Isarb jelas salah dan bertentangan dari segi hukum syarak agama Islam.

Darurat tapi boleh sampai oversea