“You and me, 1 minit saja” – Tengah lepak tunggu member, pemuda cuak diajak masuk bilik lelaki tak dikenali

“You and me, 1 minit saja” – Tengah lepak tunggu member, pemuda cuak diajak masuk bilik lelaki tak dikenali

 

Dalam banyak kes tentang wanita diganggu sebenarnya kaum lelaki juga ada risiko menjadi mangsa gangguan oleh orang yang tidak dikenali. Lagi seram bila yang membuat gangguan itu adalah jantina sejenis.

Tular semalam di TikTok, seorang lelaki sempat merakam detik cemasnya diganggu lelaki stranger di satu tempat ketika berada di persekitaran rumahnya yang terletak di Shah Alam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @damniall, dia sedang menunggu rakannya untuk keluar melepak bersama-sama.

Tiba-tiba, datang seorang lelaki seperti warga asing mengajaknya masuk ke dalam sebuah bilik berhampiran.

Aku tengah lepak kat bawah rumah sambil tunggu member aku pick up kat bawah and sambil tu layan game dulu en. Tiba-tiba datang lelaki ni.. aku ingat dia tegur cam gitu.

Dia ajak aku masuk bilik yang korang nampak dalam video tu. Tak tahu tu bilik dia tidur atau apa sebab nampak macam dia duduk dalam tu.

@damniall

ALERT‼️ beware guys aku dah kena, macamni cerita dia. aku tengah lepak kat bawah rumah sambil tunggu member aku pick up kat bawah and sambil sambil tu layan ah game snooker seframe dulu en. tibatiba datanglah macibai ni macam yang korang nampak dalam vid cause at first aku ingat dia tegur cam gitu gitu cause aku dah barai malas layan and tak berapa dengar pun apa yang dia cakap. then tibatiba tergerak hati nak record conversation aku dengan macibai ni. dia ajak aku masuk bilik yang korang nampak dalam vid tu idk tu bilik dia tidur or what cause nampak macam dia duduk dalam tu. so beware guys benda ni jadi kat vista alam service apartment kat area shah alam. hati hati lah ye yang perempuan suka sorang malam malam tu sebab jadi lelaki pun takselamat dah sekarang 😌

♬ original sound – dani ☻︎ – dani ☻︎

Lebih menyeramkan, lelaki warga asing itu meminta Damniall untuk melayaninya selama satu minit. Berkali-kali juga ajakan itu ditolak tetapi lelaki tersebut masih berkeras dan terus bercangkung sambil memegang kaki Damniall.

Damniall meninggikan suara supaya lelaki itu tidak menyentuhnya dan menyuruh untuk pergi jauh. Akhirnya, lelaki itu mengalah dan masuk semula ke dalam bilik itu.

Situasi itu jelas membuatkan Damniall trauma dan dia menasihati orang ramai terutamanya perempuan supaya lebih berhati-hati selepas ini.

Hati-hatilah ye yang perempuan suka sorang malam malam tu sebab jadi lelaki pun tak selamat dah sekarang..

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen berasa seram dengan kejadian yang berlaku itu.

Lelaki 1 1 Lelaki 2 1 Lelaki 3 1

Seram betul macam ni…