“Yang bawa tu tak habis belajar ke apa” – Persenda mangsa korban nahas helikopter TLDM, gadis ini teruk dikecam

“Yang bawa tu tak habis belajar ke apa” – Persenda mangsa korban nahas helikopter TLDM, gadis ini teruk dikecam

 

Seorang gadis dikecam persenda mangsa korban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku pada Selasa.

Menerusi satu hantaran di X, gadis berkenaan mempersoalkan bagaimana kedua-dua helikopter berkenaan boleh bertembung di udara.

Tidak cukup dengan itu, gadis berkenaan juga mempersendakan mangsa di dalam nahas itu dengan berkata individu yang membawa helikopter itu tidak menamatkan pelajarannya.

“Askar lain semua meninggal dunia masa perang, askar Malaysia meninggal dunia masa latihan.

“Macam mana lah helikopter tu boleh bertembung? Yang bawak tu tak habis belajar ke apa?” katanya.

Bagaimanapun, selepas menerima kecaman dari orang ramai, gadis itu telah memadam hantaran berkenaan namun ramai yang sempat membuat tangkap layar ciapannya.

Selain itu, gadis berkenaan juga sempat memohon maaf kerana telah membuat hantaran tersebut sebelum menyah-aktif atau ‘deactivate’ akaun miliknya.

Menerusi tinjaun di X, rata-rata netizen mengecam hantaran gadis tersebut dan berkata dia tidak memikirkan sensitiviti keluarga mangsa dalam nahas itu.

Dalam pada itu, ada juga warga maya yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas gadis berkenaan kerana membuat hantaran seperti itu.

Gadis dikecam persenda mangsa korban

Terdahulu, satu kejadian melibatkan dua helikopter TLDM yang bertembung di udara yang melibatkan 10 kematian dilaporkan berlaku di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak pada Selasa.

Kejadian itu berlaku ketika TLDM sedang menjalankan raptai bagi sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Disebabkan kejadian ini, sambutan ulang tahun TLDM telah dibatalkan namun ia akan digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat untuk mangsa yang terlibat dalam nahas.