“Yang bawa tu tak habis belajar ke apa” – Persenda mangsa korban nahas helikopter TLDM, gadis ini teruk dikecam
Seorang gadis dikecam persenda mangsa korban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku pada Selasa.
Menerusi satu hantaran di X, gadis berkenaan mempersoalkan bagaimana kedua-dua helikopter berkenaan boleh bertembung di udara.
Tidak cukup dengan itu, gadis berkenaan juga mempersendakan mangsa di dalam nahas itu dengan berkata individu yang membawa helikopter itu tidak menamatkan pelajarannya.
“Askar lain semua meninggal dunia masa perang, askar Malaysia meninggal dunia masa latihan.
“Macam mana lah helikopter tu boleh bertembung? Yang bawak tu tak habis belajar ke apa?” katanya.
Bagaimanapun, selepas menerima kecaman dari orang ramai, gadis itu telah memadam hantaran berkenaan namun ramai yang sempat membuat tangkap layar ciapannya.
Lenyap terus akaun. Tapi dia sempat minta maaf sebab tweet tak pakai otak. pic.twitter.com/2RSrqjp3Dh
— PuraPuraMike (@Mike_Devo) April 23, 2024
Selain itu, gadis berkenaan juga sempat memohon maaf kerana telah membuat hantaran tersebut sebelum menyah-aktif atau ‘deactivate’ akaun miliknya.
Menerusi tinjaun di X, rata-rata netizen mengecam hantaran gadis tersebut dan berkata dia tidak memikirkan sensitiviti keluarga mangsa dalam nahas itu.
: ni salah satu jenis manusia cakap x reti berfikir. dah nama ajal kau nak expect apa kak? bebal tu simpan sikit cik kak. memang xde sensitiviti langsung. bayangkan kalau yg eksiden tu family cik kak sendiri… @amrarosl 😡🤦🏻♂️#Lumut #HelicopterCrash #TLDM #HelikopterTerhempas pic.twitter.com/wjPEcWg5DL
— 프리ス (fคຊ) (@lrszf) April 23, 2024
Dalam pada itu, ada juga warga maya yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas gadis berkenaan kerana membuat hantaran seperti itu.
Kalau rasa diri tu tak boleh hormat orang lain, baik kau diam jela @amrarosl. Ini kalau report @McmcReact boleh kan? pic.twitter.com/CIOXMsne1r
— eFJei (@mrfirdausjailan) April 23, 2024
Terdahulu, satu kejadian melibatkan dua helikopter TLDM yang bertembung di udara yang melibatkan 10 kematian dilaporkan berlaku di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak pada Selasa.
Kejadian itu berlaku ketika TLDM sedang menjalankan raptai bagi sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
Disebabkan kejadian ini, sambutan ulang tahun TLDM telah dibatalkan namun ia akan digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat untuk mangsa yang terlibat dalam nahas.