Wujud 6,000 peluang pekerjaan

Wujud 6,000 peluang pekerjaan

 

Dianggarkan antara 5,000 hingga 6,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan dalam Projek Pembangunan Bandar Sarung Tangan Integrasi di Bidor yang diusahakan Kossan Rubber Industries Bhd dan menelan pelaburan bernilai RM1.5 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, pihak syarikat mendapat kelulusan Kebenaran Merancang (KM) dan kelulusan pelan kejuruteraan serta Pelan Bangunan daripada Majlis Daerah Tapah.

“Kini kerja asas sudah bermula di tapak projek dan diikuti pembinaan bangunan kilang serta infrastruktur sokongan.

“Pihak Kossan menjangkakan fasa pertama kilang sarung tangan getah ini siap dan mula beroperasi pada suku pertama 2023.

“Bagi memastikan perjalanan projek berjalan lancar, jawatankuasa kerja Center of Investment (COI), (COI@Glove City) ditubuhkan dengan dipengerusikan saya, manakala InvestPerak bertindak selaku urusetia,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, baru-baru ini.

Sumber: Harian Metro