‘Withour fear and favor’ – Kenali Pendakwaraya yang berani mendakwa entiti yang kuat berpengaruh seperti I5R43L

‘Withour fear and favor’ – Kenali Pendakwaraya yang berani mendakwa entiti yang kuat berpengaruh seperti I5R43L

Pada 5 Februari 2021, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah membuat satu keputusan di atas permohonan oleh Pendakwaraya Fatou Bensuda yang dibuat pada 22 Januari 2020 untuk menentusahkan sejauh mana bidangkuasa ICC ke atas Palestin dan bagaimana Statut Rom terpakai kepadanya.

Statu Rom adalah undang-undang yang menjadi rujukan ICC dalam menjalankan tugasnya. ICC pula ada satu badan perundangan bebas yang mendengar kes-kes melibatkan komuniti antarabangsa dan kesalahan pembunuhan beramai-ramai, kesalahan perang dan kesalahan melibatkan hak asasi.

Palestin telah menandatangani persetujuan untuk menjadi ahli kepada Statut Rome (State Party) dan ia mula berkuatkuasa pada 1 April 2015. Hal tersebut telah disambut baik oleh banyak negara yang menjadi ahli namun ada beberapa negara menentang atas alasan Palestin bukan negara.

Susulan daripada penerimaan Palestin sebagai ahli kepada Statut Rom, Palestin telah merujuk situasi di sana kepada ICC berkenaan kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh Israel. Pendakwaraya Fatou Bensuda menerima laporan tersebut dan telah membuka satu kertas siasatan awal.

Kesalahan yang dirujuk kepada Pendakwaraya Fatou Bensuda adalah berkenaan dengan jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh Israel sejak 2014. Siasatan awal oleh pejabat Pendakwaraya telah memakan masa selama bertahun sehinggalah ianya diputuskan untuk siasatan penuh pada 2019.

Dalam laporan undang-undang pihak Pendakwaraya, Fatou Bensuda menyebut bahawa beliau percaya telah berlaku jenayah perang di Tebing Barat termasuklah di Timur Jerusalem dan Gaza yang dilakukan oleh pihak Israel Defence Forces (IDF), dimana sekurang-kurangnya 3 jenayah dilakukan.

Peguam Negara Israel membantah Pendakwaraya Fatou Bensuda atas alasan ICC tidak berkuasa atas Palestin kerana Palestin bukan satu negara yang berdaulat. Israel juga menimbulkan isu bidangkuasa ICC ke atas Palestin dan ianya disokong oleh beberapa negara; Jerman, Kanada dll.

Melihat akan kesukaran dan kompleksiti isu bidangkuasa ICC itu, Pendakwaraya Fatou Bensuda membuat permohonan awal pada 22 Januari 2020 kepada ICC untuk menyelesaikan isu tersebut sebelum pejabatnya boleh pergi lebih lanjut untuk mendakwa Israel di ICC.

Ketika ini, negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Hungari mengecam tindakan Pendakwaraya Fatou Bensuda sebagai satu serangan tidak adil ke atas Israel. Sehinggakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyenarai hitam nama Fatou Bensuda sebagai tindakan protes.

Persoalan sama ada Israel boleh didakwa di ICC atau tidak walaupun Israel bukan ahli kepada Statut Rom terjawab pada 5 Februari 2021 dimana ICC memutuskan bidangkuasanya terpakai juga di kawasan yang diduduki Israel sejak 1967 iaitu Gaza, Tebing Barat termasuk Timur Jerusalem.

Ini bermaksud, Israel boleh diheret ke ICC atas kesalahan jenayah perang yang dilakukannya. ICC telah merujuk kepada Perkara 12 Statut Rom dan membuat interpretasi mereka ke atas maksud wilayah Palestin. Tanpa berlengah, siasatan penuh dibuka ke atas Israel pada 3 Mac 2021.

Dengan keputusan oleh ICC tadi, ianya telah memberi sinar baru kepada Palestin dalam mencari jalan penyelesaian ke atas kemelut yang melanda melalui jalan perundangan di mahkamah antarabangsa. Ini memberi tekanan hebat kepada Israel dan Amerika Syarikat.

Ucapan tahniah dan terima kasih perlu diberi kepada Pendakwaraya Fatou Bensuda di atas sikap “without fear and favor” beliau yang berani berhadapan dan ingin mendakwa sebuah entiti yang mempunyai pengaruh kuat seperti Israel.

Kredit: JatIkhwan