WhatsApp & DM kena palau, lelaki berjaya tagih hutang lepas hantar gambar bomoh kepada rakan

WhatsApp & DM kena palau, lelaki berjaya tagih hutang lepas hantar gambar bomoh kepada rakan

 

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsi bagaimana dia berjaya membuat individu yang berhutang dengannya untuk membayar semula.

Hantaran tersebut mendapat perhatian warganet dan ada yang berseloroh mahu menggunakan cara yang sama untuk meminta hutang mereka.

Berdasarkan tangkap layar perbualannya dengan individu itu, dia telah menghantar gambar yang diambil daripada Google mempamerkan seorang bomoh sedang melakukan ritual.

hutang

Dia juga turut berkata si peminjam tidak membayar hutang tetapi setiap hari boleh pula show off makan sedap malah siap modify kereta.

Katanya dia telah ‘bagi muka’ selama 2 tahun dan individu tersebut baru membayar semula RM150 daripada RM9000 yang dipinjamnya.

Selepas melihat gambar bomoh itu, si peminjam menjadi takut dan terus meminta agar dia memberikan nombor akaun untuk membayar hutangnya.

Aku dapat bayar 4K dulu baki tahun depan boleh ke?”

hutang

hutang

Ramai pengguna Twitter memberi respon tentang cara yang digunakan individu ini dan ada yang mengkritik si peminjam kerana tidak tahu malu hidup tanpa membayar hutang.

Dalam pada itu, segelintir warganet menceritakan pengalaman mencuba bermacam-macam tips tetapi si peminjam langsung tidak peduli untuk membayar hutang mereka.

Orang yang pinjam duit ni memang kebanyakannya ada perangai yang sama – liat betul nak bayar balik hutang as promised!