Watie Hanifiah dedah individu suruh Shuib tukar isteri baru, cari yang solehah
Watie Hanifiah dedah individu suruh Shuib tukar isteri baru, cari yang solehah
Dituduh menjadi punca sikap suami kian berubah, isteri kepada pelawak terkenal, Shuib iaitu Watie mengucap panjang apabila ada individu yang menyuruh suaminya mencari isteri lain.
Menerusi posting di TikTok, individu berkenaan dilihat menuduh Shuib sudah semakin berubah sejak berkahwin dengan Watie dan menyuruh pelawak itu mencari isteri lain yang lebih solehah.
“Shuib awak tahu kenapa awak berubah sebab apa? Orang tengok awak macam tak betul sejak berkahwin dengan Watie.
“Saya nasihat awak tukar bini baru, cari yang lebih solehah. Ops awak tak layak sebab awak pun dua kali lima,” katanya.
Video berkenaan walau bagaimanapun sudah dipadam dari TikTok.
Watie atau nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, telah memuat naik kembali posting TikTok berkenaan di Instagram peribadinya dan mengakui mengucap panjang apabila melihat video tersebut.
Menurutnya, video tersebut telah dihantar kepadanya oleh beberapa individu dan dia hanya mendoakan agar Allah SWT sentiasa memelihara hati setiap manusia.
“Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tak suka mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu.
“Dapat banyak DM pagi ini, ramai hantar video ini kepada mummy. Bila tengok, mengucap panjang sajalah yang mampu.
“Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita,” katanya.
Dalam pada itu, difahamkan ia bukanlah kali pertama individu berkenaan bercakap tentang Shuib dan sebelum ini dia ada mendakwa pelawak berkenaan menggunakan wang syarikatnya bagi menampung kos perbelanjaan ketika mengerjakan umrah di Makkah.