Warganet terhibur dengan ‘perang’ iklan antara BMW dan Mercedes-Benz Malaysia

Warganet terhibur dengan ‘perang’ iklan antara BMW dan Mercedes-Benz Malaysia

 

BMW dan Mercedes-Benz merupakan dua buah jenama kereta Jerman yang cukup terkenal sebagai ‘pesaing abadi’ yang sudah hampir mencecah satu abad dalam industri automotif dunia.

Kedua-dua jenama ini sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih perhatian ramai, termasuklah membuat perang marketing antara satu sama lain sehingga ia berjaya mendapat tumpuan satu dunia.

Baru-baru ini, perang marketing yang dilakukan oleh tiga buah syarikat pengedar rasmi terdiri daripada Auto Bavaria (BMW), Cycle & Carriage Bintang Malaysia dan BR-Jaya Sdn Bhd (Mercedes-Benz) telah menarik perhatian netizen yang meminati kereta-kereta jenama Jerman ini.

Take pride in your BMW. After all, we are always ahead. #AutoBavaria #BMW

Posted by Auto Bavaria on Friday, September 3, 2021

 

Ensure your Mercedes-Benz is in tip-top condition when you hit the road.Call 1800-22-8000 to schedule an appointment.#cyclecarriagemy

Posted by Cycle & Carriage Bintang Malaysia on Saturday, September 4, 2021

 

Mercedes-Benz takes you everywhere and anywhere.#MercedesBenzBatuPahat #BRJayaSdnBhd #StaySafe #DriveSafe

Posted by BR Jaya Sdn Bhd-Mercedes Benz Authorised Dealer on Saturday, September 4, 2021

 

Ternyata taktik pemasaran mereka berjaya meraih perhatian pengguna Facebook apabila ramai netizen tidak henti memberikan komen dan berkongsi semula hantaran-hantaran tersebut.

Kita dapat lihat orang ramai meluahkan perasaan gembira melalui ruangan komen pada setiap hantaran yang dikongsikan oleh ketiga-tiga Facebook pengedar rasmi BMW dan Mercedes-Benz Malaysia ini.

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK AUTO BAVARIA (BMW)

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK CYCLE & CARRIAGE BINTANG MALAYSIA (MERCEDES-BENZ)

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK BR JAYA SDN BHD (MERCEDES-BENZ)

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK CYCLE & CARRIAGE BINTANG MALAYSIA

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK CYCLE & CARRIAGE BINTANG MALAYSIA

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK CYCLE & CARRIAGE BINTANG MALAYSIA

Tidak kurang juga ada yang mengubah suai gambar asal dan menokok tambah dengan beberapa gambar lain pada cermin sisi seperti kereta ‘King Myvi’, polis sedang buat speedtrap, kereta Honda Civic polis sedang mengejar dari belakang dan macam-macam lagi.

Sumber: Vocket