Warga emas disangka hanya pengumpul daun kering, sekali tengok rumah semua melopong

Warga emas disangka hanya pengumpul daun kering, sekali tengok rumah semua melopong

 

Siapa sangka dari luaran, gayanya seperti nenek tua yang sedang membanting tenaga demi sesuap nasi.

Rupanya masih ada orang kaya yang tampil bersederhana walaupun sebenarnya kaya raya dan miliki banyak harta.

Menurut TribunJabar, tular video dimana seorang warga emas yang disangka hanya pengumpul daun kering.

Mengenakan pakaian lusuh sambil membawa daun kering dan daun pisang dari sawah berdekatan, pastinya ramai akan terkejut melihat kediaman milik wanita tersebut.

Video tersebut dimuat naik pengguna TikTok @misterkonde3 mengenai warga emas yang sebenarnya memiliki rumah besar bak istana.

Rumah yang dibina di kawasan seluas 1 hektar itu dihiasi dengan patung berbentuk kuda serta ukiran emas.

Lebih mengejutkan apabila pelbagai jenis kereta berada di dalam garajnya seperti Toyota Fortuner dan Honda Civic.

Warga emas itu sebenarnya seorang usahawan dan mempunyai berhektar-hektar sawah.

@misterkonde3

sultan kampung ya begini masih terlihat sederhana hobi nya kekebun

♬ suara asli – Mister Konde – Konde Real

Rata-rata netizen memuji wanita tersebut yang dilihat sangat merendah diri jika mahu dibandingkan dengan kekayaan dimilikinya.

“Macam inilah baru betul, walaupun duit banyak tetap bersederhana dan tidak menunjuk-nunjuk.

“Apa yang nenek buat, bagi tip, aku nak ikut jejak dia juga. Sederhana tapi rumahnya mewah,” antara komen netizen.