Warga emas hilang ditemui mati dalam parit kecil

Warga emas hilang ditemui mati dalam parit kecil

Kehilangan seorang wanita warga emas sejak semalam terjawab apabila dia ditemui tidak sedarkan diri di dalam parit kecil, 160 meter dari rumahnya di Changkat Baru, Kuala Sepetang di sini, hari ini.

Warga emas, Salaliah Abdul Majid, 85, disahkan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat pada 3.46 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, terdahulu, pihaknya menerusi anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taiping seramai 12 orang diketuai Ketuanya Rafeel Khairul Richard terbabit mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Operasi itu dibantu 30 penduduk kampung dan lima anggota polis mencari mangsa di kawsan kebun sawit dan sungai selepas dia kali terakhir dilihat keluarga di hadapan rumah pada 11 pagi semalam.

“Mangsa akhirnya ditemui di dalam parit kecil berhampiran rumahnya dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Susulan penemuan itu, SAR ditamatkan pada 4.45 petang. – HM