Menerusi satu video yang tular di laman media sosial, lelaki tersebut memukul pak cik yang menegurnya dengan menggunakan senjata tumpup sehingga menyebabkan kecederaan
Berang ditegur ‘rem’ kereta tengah malam, lelaki didakwa pukul warga emas guna cota
Seorang lelaki bertindak memukul pak cik yang menegurkan selepas ditegur kerana membuat kekecohan di hadapan rumah pak cik tersebut.
12 tengah malam rev2 kereta. Pakcik tu tegur, dia keluar terus bawa cota pukul pakcik tu !@PDRMsia mohon ambil tindakan secepat mungkin ! pic.twitter.com/FXjG2LvdOj
— CEO OF EXPOSE (@druglordfxdl) November 25, 2024
Menurut perkongsian seorang pengguna TikTok iaitu suhada.99, beliau menceritakan kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan ayahnya mengalami kecederaan.
“Dia rem-rem kereta di hadapan rumah pada pukul 12 malam. Ayah keluar untuk menegur tetapi dia mengamuk dan kemudiannya mengeluarkan senjata cota.
“Dia kemudiannya memukul ayah di tangan dan mengugut untuk membawa geng dan alatan tertentu. Ayah sudah membuat laporan polis dan kini menunggu maklumat seterusnya dari pihak polis.
“Tangan ayah saya bengkak. Saya nak dia tahu macam mana cara beradab, bukannya memukul sesuka hati,” tulisnya.
Selepas video kejadian itu tular di laman media sosial, netizen terus mengutuk tindakan lelaki itu yang mana menurut mereka sangat biadab dan berlebihan.
Netizen juga mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan tegas terhadap lelaki itu bagi memberikan pengajaran yang setimpal dengan perbuatannya.