Wanita trauma diekori lelaki warga emas, obses curi rakam gambar perempuan mengandung – “Saya pakai jubah pun boleh terkena”

Wanita trauma diekori lelaki warga emas, obses curi rakam gambar perempuan mengandung – “Saya pakai jubah pun boleh terkena”

 

Seorang wanita yang juga merupakan ibu mengandung mengalami trauma selepas mendakwa diekori oleh seorang lelaki warga emas di sebuah pusat membeli belah. Lelaki tersebut dikatakan sentiasa mengekorinya ke mana sahaja dia berada sehingga lah ke ruang parkir.

Mangsa mula berasa sesuatu yang tidak kena, lantas dia mengadu kepada suaminya. Lelaki tersebut bukan hanya setakat mengekori wanita ini, malah turut merakam videonya secara senyap.

“Suami saya tahan pak cik tu dan mintak untuk tengok handphone. Alangkah terkejutnya tengok gambar saya memang ada dalam handphone pak cik ni,” kongsinya.

Walaupun mangsa mengatakan dia telah memakai jubah pada hari tersebut, tetapi tidak menghalang pelaku terus melakukan perbuatan terkutuk itu.

Pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik pelaku juga mendapati ramai (Ibu mengandung) yang telah menjadi mangsa rakaman lelaki warga emas itu.

Sehubungan dengan itu, mangsa meminta ibu-ibu yang mengandung supaya berhati-hati dengan kejadian seperti ini. Mangsa juga telah membuat laporan polis terhadap kegiatan si pelaku.

“Saya yang memakai jubah ni pun boleh terkena padahal kita memang dengan suami. Rasa tak selamat sangat. Still trauma dan takut.

“Semalam pun menggigil dan menangis,” katanya.