Wanita ‘teruja’ suntik vaksin ‘sanitizer’
Mungkin terlalu teruja mendapat dos pertama vaksin Covid-19, seorang wanita tersilap menamakan vaksin yang diterimanya sebagai “senitizer”.
Dikatakan wanita tersebut menaikkan status di Facebook miliknya selepas selesai mendapatkan dos vaksinnya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Batu Berendam, Melaka.
“24 Julai 2021 telah mendapat vaksin dos 1 (Senitizer) di PPV CTRM Batu Berendam Melaka,” tulis wanita tersebut.
Statusnya tersebut menjadi tular dan orang ramai menyifatkan status yang dinaikkan wanita terbabit sebagai satu perkara yang melucukan.
“Makcik-makcik, itulah nak update nak cepat pada orang lain, nama vaksin pun dia main bantai, sabar aja la, harap satu dos sudah mencukupi, ” jelas @yuji_kataro.
“Mana nak dapat vaksin terbaik dunia tu, bukan setakat tangan, dalam badan pun akak ni suntik, harap kakak sihat hendaknya,” kata zarifMohammad.
Sumber: Kosmo