Wanita terkilan terima bungkusan koyak, telefon pintar dibeli secara ‘online’ untuk kegunaan PdPR anak lesap

Wanita terkilan terima bungkusan koyak, telefon pintar dibeli secara ‘online’ untuk kegunaan PdPR anak lesap

Umum sedia tahu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakkan urusan jual beli secara langsung tidak dibenarkan.

Jadi, pembelian secara atas talian menjadi satu-satunya pilihan sebahagian besar rakyat Malaysia untuk mendapatkan barang keperluan.

Barang hilang dari bungkusan

Namun, ada sahaja laporan berkenaan kecuaian pihak kurier seperti barang yang di beli hilang ketika diterima oleh pembeli.

Menerusi perkongsian dari seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Julie Anne, dia memaklumkan telefon pintar yang dibeli menerusi atas talian untuk kegunaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) anaknya hilang semasa bungkusan dibuka.

 

Rakam video semasa unboxing bungkusan

Secara kebetulan, suaminya meminta untuk merakam video ketika mereka membuka bungkusan tersebut. Hal ini berikutan mereka mulai berasa curiga kerana terdapat kesan koyakan di bungkusan barang yang dibeli.

Ia sebagai salah satu bentuk persediaan untuk membuat laporan andai apa yang mereka khuatirkan terjadi.

 

Cuma ada kotak, charger & casing phone

Selepas dibuka, mereka hanya menerima alat pengecas, kabel dan casing phone sahaja dan telefon pintar yang dibeli tiada dalam kotak berkenaan.

Pengguna Facebook itu mengakui sudah membuat aduan kepada pihak aplikasi jualan atas talian tersebut dan meminta duit mereka dikembalikan diatas kecuaian berkenaan.

 

Memang terima bungkusan dah koyak

Selain itu, Julie Anne turut menyertakan sekali gambar keadaan bungkusan yang diterima olehnya. Jelas terdapat kesan koyakan dan dibalut semula oleh pihak tertentu.

Sertakan sekali rekod penghantaran

Dia juga menunjukkan rekod penerimaan bungkusan telefon pintar yang dibeli bermula dari pihak pembeli hingga sampai ke tangannya.

Pengguna Facobook itu meluahkan rasa kesal terhadap penghantaran pihak kurier sehingga barang yang dibeli dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.

Boleh jadi pihak tersebut tergolong dari pekerja syarikat berkenaan kerana mereka menerima bungkusan yang telah koyak.

Dia berharap agak pihak kurier akan memperbaiki mutu penghantaran kerana sudah banyak kali mendengar cerita berkenaan kehilangan barang ketika proses penghantaran walaupun perkara tersebut kali pertama dialami olehnya.

Sumber: ohmymedia & Facebook Julie Anne