Wanita terkejut, dakwa kucing kesayangan sedang bunting ditemui mati, keempat-empat kaki dipotong

Wanita terkejut, dakwa kucing kesayangan sedang bunting ditemui mati, keempat-empat kaki dipotong

Entah apa yang tidak kena, penganiayaan terhadap haiwan sentiasa berlaku dan bagaikan tiada noktahnya.

Tiada apa yang mampu digambarkan oleh pemilik yang kehilangan haiwan kesayangan mereka, apatah lagi ia sudah pun dianggap sebagai ahli keluarga sendiri.

Sama seperti yang dialami oleh pengguna Twitter ini yang mendakwa kehilangan kucingnya dalam keadaan menyedihkan.

Menerusi perkongsian Salina, dia kesal dengan perbuatan individu yang menyebabkan kematian kucing kesayangannya.

Harini kucing sendiri kena

Lebih menyedihkan, kaki kucingnya yang sedang bunting itu turut dipotong sehingga putus.

Menceritakan detik kejadian itu, Salina yang sedang berada di pejabat terkejut setelah mendapat panggilan yang menyatakan bahawa kucingnya telah mati.

Namun, alangkah luluh hatinya kerana kucing itu bukan mati dalam keadaan biasa tetapi dengan cara yang sangat kejam.

Salina juga telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis bagi mendapatkan keadilan buat kucingnya. – SK