Wanita terkejut baju raya RM400 mengecut lepas siap dicuci

Wanita terkejut baju raya RM400 mengecut lepas siap dicuci

 

Meskipun harga seunit baju raya sekarang menelan kos ratusan ringgit, majoriti wanita tidak kisah melaburkan wang lebih demi kelihatan menawan di pagi Syawal.

Namun apabila berbicara tentang busana mahal, pastinya setiap pelanggan menjangka mereka akan dihidangkan dengan kualiti terbaik selain keselesaan sepanjang hari.

Namun bagi seorang wanita ini, sambutan Aidilfitrinya nyaris rosak begitu sahaja dengan satu kejadian yang tidak disangka-sangka.

Selepas mencuci baju raya yang dibeli dengan harga RM400, dia amat terkejut kerana busana berkenaan mengecut dan berubah daripada rupa asal.

“Kena strok haba gamaknya”

Jelasnya di ruangan komen, baju itu bukanlah dicuci menggunakan mesin basuh atau pengering. Sebaliknya ia cuma dicelupkan dengan campuran air pelembut baju sahaja.

Namun entah mengapa tekstil itu boleh mengecut seperti plastik yang terkena benda panas, walhal rupa asal busana berwarna hitam ini memang nampak benar-benar ekslusif ketika dicuba untuk pertama kali.

Mujurlah selepas beberapa kali digosok menggunakan dua seterika berlainan jenis, akhirnya busana mahal itu dapat diselamatkan.

@nnnadiaaziz

Membalas kepada @apai 3514 chantikkk terletakk herlokk je sis 🥹

♬ Perempuan Tudung Bawal – zaqie the daughter

@nnnadiaaziz

Membalas kepada @🅘🅝🅐 🅐🅩🅡🅘🅝🅐 selepas 4,5 kali iron guna iron steam n iron biasa nampak rupa baju dah 😆

♬ Indahnya Beraya di Desa – Extend Mix – DJ Disco Hunter

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan perkongsian pemilik akaun @NNNadiaAziz ini.

Tidak ketinggalan, rupanya ramai alami masalah sama bila mana baju raya mereka rosak setelah dicuci dan tidak boleh dibetulkan semula.