Wanita terjumpa satu keluarga ‘tertutup hijab’, selamba pacak khemah besar sampai terhalang pemandangan pantai

Wanita terjumpa satu keluarga ‘tertutup hijab’, selamba pacak khemah besar sampai terhalang pemandangan pantai

 

Ramai mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu yang panjang sempena cuti umum Hari Keputeraan Agong pada Isnin.

Antara aktiviti yang dilakukan seisi keluarga adalah berkelah di tepi pantai.

Namun siapa sangka, keterujaan sebuah keluarga berpiknik bertukar menjadi ‘mimpi ngeri’ apabila pemandangan indah laut terbentang luas di hadapan mereka ‘terhalang’.

Pengalaman berdepan kejadian itu dikongsikan oleh seorang wanita menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

“Kisah sedih ringkas piknik semalam dengan famili,” katanya dalam keterangan video berdurasi 45 saat itu.

Pada awalnya, keluarga berkenaan sudah memasang sebuah khemah dan membentangkan tikar untuk mereka bersantai sambil menghirup udara segar serta mendengar deruan ombak laut.

Bukan sekadar itu, mereka turut membawa makanan dan minuman serta dapur untuk memasak ketika berada di tepi pantai itu.

Tidak lama kemudian katanya, sebuah keluarga lain datang dekat kawasan perkelahan mereka.

Wanita itu bagaimanapun mendakwa keluarga berkenaan secara tiba-tiba memasang khemah besar sehingga menghalang pemandangan mereka yang ketika itu sedang menikmati keindahan laut.

“Terjumpa satu keluarga ‘tertutup hijab’. Kebahagiaan kami sementara. Pemandangan khemah saja.

“Kasihan mereka, ‘tertutup hijab’ sampai tak nampak kami yang besar ni. Seluas-luas pantai, depan kami juga korang pacak khemah,” katanya terkilan.

Difahamkan kejadian berlaku pada hujung minggu di sebuah pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan.

@snlelaaaaa

Kisah sedih ringkas picnic semalam dengan family..😭 #commonsense #nomanner #tertutuphijab #trending #fyp

♬ (You’re The) Devil in Disguise – Elvis Presley

Menurut wanita itu lagi, dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri atas sikap tidak bertimbang rasa keluarga berkenaan kerana enggan mencetuskan ketegangan di tempat awam

Wanita itu juga tampil menjelaskan bahawa dia sekeluarga tiba di pantai itu dan memasang khemah terlebih dahulu sebelum kedatangan keluarga berkenaan.

“Kita sampai dulu, tapi tak suka nak gaduh-gaduh ni. Nanti rosak mood dan tunjuk perangai tak baik depan anak-anak.

“Mereka orang lebih berumur, kita ni tak nak la kurang ajar. Kita pun ada dengan mentua, tak nak tunjuk perangai menantu hantu.

“Ramai manusia tak ada common sense, lepas tu kitalah jadi mangsa. Rare view kali ni. Tak ada toleh kat kami langsung, sebab tu kata mereka macam tertutup hijab,” ujarnya lagi di ruangan komen.

Luahan wanita itu mengundang simpati dalam kalangan netizen, dengan rata-ratanya menyifatkan mana-mana pengunjung seharus lebih sensitif dan bersikap bertimbang rasa antara satu sama lain.

“Kita nak tengok pantai, tapi terpaksa tengok mereka pasang khemah.

“Tak ada common sense orang macam ni. Kalau saya, tegur je elok-elok suruh dia ke belakang sikit.

“Itu yang kadang malas nak pergi piknik, sakit hati. Aku pula jenis fikir orang, orang pula jenis tak fikir apa yang aku fikir.

“Benci spesis macam ni. Saja-saja nak pacak khemah, tak toleh kiri kanan, depan belakang, jangan pentingkan diri,” demikian antara komen netizen.