Wanita tengah berpantang anak kembar maut angkara nafsu serakah suami
Hidup kalau dipenuhi dengan hawa nafsu pasti akan memberikan kesan yang buruk terhadap diri dan orang yang tersayang.
Itulah luahan hati seorang lelaki yang mendedahkan bahawa kakaknya meninggal dunia disebabkan nafsu serakah abang iparnya.
Korang, bacalah confession ni. Sumpah laki tu bodoh nak mampos. Puas hati hukuman dia tapi tak boleh putarkan balik masa ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ pic.twitter.com/xqLG5llZ6o
— Dr. Sheda (@shedaaaaaaa) November 26, 2022
Menerusi luahan yang dikongsikan semula pengguna di Twitter, lelaki itu memaklumkan bahawa ketika arwah kakaknya itu mengalami tumpah darah yang pertama semasa mengandung, doktor menasihatkan abang iparnya untuk tidak ‘bersama’ isterinya itu namun, dia sama sekali tidak mengendahkan arahan tersebut.
Tambah lelaki itu lagi, selepas kakaknya selamat melahirkan, ahli keluarganya mengambil keputusan untuk menjaga kebajikan kakaknya ketika berpantang namun, ditolak abang iparnya.
Arwah kakak berpantang di rumahnya sendiri atas permintaan suaminya.
Mulanya kami sekeluarga tak bersetuju dengan cadangan suaminya sebab itu kali pertama arwah kakak bersalin & berpantang sebab arwah kakak tiada pengalaman tapi suaminya berkeras & mengatakan bahawa dia dah bayar Confinement Lady (CL) untuk jaga arwah kakak.
Namun, siapa sangka keputusan yang dibuat abang iparnya itu hanyalah untuk melepaskan nafu serakahnya semata-mata.
Lebih menyayat hati, kakak kepada lelaki tersebut disahkan meninggal dunia akibat daripada kerakusan abang iparnya yang ingin ‘dilayan’ meskipun isterinya masih berpantang.
Kira-kira dua minggu selepas kejadian, kematian kakak kepada si pengadu disahkan berpunca daripada abang iparnya sendiri.
Abang ipar lelaki tersebut kemudiannya berjaya ditahan dan bakal menjalani hukuman gantung sampai mati.
Di akhir luahannya, lelaki tersebut meminta agar kaum lelaki untuk mempunyai ‘common sense’ dalam hal rumahtangga dan utamakan nyawa insan yang bergelar isteri.