Wanita sanggup bawa mayat bapa saudara ke bank untuk ‘sign’ permohonan pinjaman RM15,000

Wanita sanggup bawa mayat bapa saudara ke bank untuk ‘sign’ permohonan pinjaman RM15,000

 

Selalu kita dengar kisah dikongsikan masyarakat yang berdepan dengan ahli keluarga yang menjadi tamak dan haloba disebabkan harta dan wang ringgit.

Tetapi ternyata ia tidak hanya berlaku di negara kita sudah tentu isu tamak disebabkan wang ringgit ini ada di mana-mana di seluruh dunia.

Tular baru-baru ini tentang seorang wanita dari Brazil yang sanggup bersusah payah dan gigih membawa mayat mendiang bapa saudaranya ke sebuah bank.

Menurut laporan, Erika de Souza Vieira telah membawa Paulo Roberto Braga yang ditolak di atas kerusi roda ke sebuah bank semata-mata untuk melakukan urusan permohonan pinjaman bernilai kira-kira 17,000 reais (RM15,000).

erika

Erika menggunakan kerusi roda kerana mahu membuatkan Paulo seakan-akan masih hidup namun aksi wanita itu dan keadaan bapa saudaranya itu menimbulkan rasa curiga pegawai bank yang berurusan dengannya.

Menerusi video yang tular di internet, Erika dilihat berlakon seolah-olah dia sedang bercakap dengan Paulo namun pegawai bank tersebut pantas menyedari sesuatu yang tidak kena.

Difahamkan, rupa Paulo dilihat pucat kekuningan dan langsung tidak bergerak membuatkan pegawai itu meragui tindakan Erika.

Bukan itu sahaja, Erika juga dilihat beberapa kali memegang tangan kanan Paulo dan menyelitkan pen di celahnya dalam usaha untuk menurunkan tanda tangan pada dokumen pinjaman.

@cbsnews

A Brazilian woman brought a 68-year-old man in a wheelchair into a bank branch and tried to get him to sign for a loan. Bank staff became suspicious and called the police, who said he had been dead for hours. Local media reported that the family’s lawyer disputed the account offered by police, saying “the facts did not happen as stated” and that the man has arrived at the bank alive. #brazil #news

♬ original sound – cbsnews

Ketika pegawai itu menegur keadaan Paulo yang tidak sihat, Erika membalas dengan mengatakan bapa saudaranya berusia 68 tahun tersebut memang nampak lemah.

Dia memang begini. Dia tak bercakap. Tanda tangan di sini agar kamu tak bagi saya sakit kepala lagi (selepas ini).”

Polis yang tiba kemudian menahan Erika dan pegawai medik yang tiba dengan ambulan kemudian mengesahkan Paulo sudah pun meninggal dunia.

Hasil siasatan awal mendapati mayat warga emas itu adalah bapa saudaranya dan ketika hayatnya dia dijaga dan dirawat oleh Erika.

Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan untuk mengetahui status hubungan Erika dan Paulo selain sedang mengenal pasti waktu, lokasi dan punca sebenar kematian.

erika