Wanita raih tepukan paling riuh, datang annual dinner dengan kostum ‘Kung Fu Hustle’

Wanita raih tepukan paling riuh, datang annual dinner dengan kostum ‘Kung Fu Hustle’

 

Sudah menjadi kebiasaan di acara annual dinner syarikat zaman sekarang, pihak organisasi akan menetapkan satu tema khas ataupun pertandingan baju paling kreatif di kalangan pekerja.

Saat inilah kita dapat melihat sisi lain personaliti rakan sekerja yang berperangai gila-gila.

Ketika ini, memang ada yang akan ‘pulun’ sehabis baik untuk menjadi pemenang utama.

Annual dinner yang diadakan di Genting Highlands meriah dengan kemunculan Landlady

Persis sebuah video yang tular di TikTok sejak semalam, seorang wanita ini meraih perhatian ramai apabila tampil berani mengenakan kostum watak Landlady dalam filem Stephen Chow berjudul ‘Kung Fu Hustle’.

Tidak perlu bersolek tebal atau berkasut tumit tinggi, tahap keyakinan yang ditunjukkan benar-benar luar biasa dan amat menghiburkan seisi dewan annual dinner yang terletak di Genting Highlands itu.

Raih tepukan paling ‘wow’ ketika berjalan di karpet merah menuju pentas

Selain berjalan dengan gaya gangster menyerupai watak Landlady, suasana semakin riuh apabila wanita ini mengangkat selipar pink yang dipakainya.

Dari hujung rambut ke hujung kaki, semuanya benar-benar sama.

Terlihat tetamu-tetamu lain yang hadir pada malam itu turut memberikan tepukan dan sokongan paling gemuruh buat wanita tersebut.

@karine.ventsin

Since bao zou po is famous and made your day, here is another video for everyone to enjoy. #gtpcelebration2023 #gentinghighlands #gentingskyworlds #gentingthemepark

♬ Jedag Jedug Full Bass – Donny Fernanda

Oh my Kung Fu Hustle…Nasib dia tak jerit laungan singa

Sejak dikongsikan semalam, video lucu itu berjaya meraih hampir 1 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Rata-rata netizen ikut terhibur dengan peniruan karakter itu yang disifatkan sangat menjadi.