Wanita ‘puaka’ berpakaian serba putih datang tabur tanah kubur depan rumah

Wanita ‘puaka’ berpakaian serba putih datang tabur tanah kubur depan rumah

 

Walaupun masyarakat sudah hidup pada zaman moden, namun, amalan dan kebergantungan di kalangan kita terhadap amalan sihir masih berada pada takuk yang lama.

Tidak kisahlah maju bagaimana sekalipun, jika hasad dengki dan dendam terbuku di dalam hati, mereka masih mempercayai kepada perkara khurafat sehingga boleh mengakibatkan pergeseran akidah umat Islam.

Menggeletar terkejut tengok perempuan tu tabur sesuatu depan rumah

Lewat malam tadi, seorang wanita berkongsi detik mendebarkan dalam kehidupannya melalui video yang dimuat naik di laman TikTok.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada jam 2.35 pagi.

“Kaki dan tangan aku menggeletar kerana terkejut. Ya Allah, semoga Kau lindungi aku, anak-anak dan suami daripada perbuatan keji manusia durjana ini.”

@n.shzana

Korg rasa apa yg Perempuan tu campak ke rumah aku?😢 Kaki tgn aku menggeletar terkejut. Ya ALLAH,. Semoga Allah lindungi aku, ank2 dan suami dr perubatan keji manusia durjana ni. Patut ke aku g buat report? Rase terancam..أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ(Yunus 10:81) #khianat #fypage #tolongfyp #malaysia #natizen #fypシ゚viral #fypdongggggggg

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Cuba korang teka dia tabur apa?

Menerusi video tersebut, dilihat seorang wanita ‘puaka’ memakai pakaian serba putih keluar dari sebuah kereta dengan aksi yang mencurigakan.

Apa yang menjadi tanda tanya di kalangan warganet melalui perkongsian video itu adalah benda yang ditaburkan oleh wanita ‘puaka’ tersebut  di halaman rumah perakam terbabit.

Nampak macam tanah kubur je

Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen mengatakan bahawa wanita ‘puaka’ itu seperti menabur tanah kubur di halaman rumah perakam tersebut.

Dah nampak, kenapa tak sergah je perempuan tu?

Bagaimana pun, terdapat netizen menegur tindakan perakam tersebut kerana hanya berdiam diri saja melihat perbuatan ‘aneh’ wanita tersebut di luar rumah.

Apa2 pun, semoga kita semua dijauhkan daripada perbuatan khurafat dan terkutuk ini.