Wanita pernah simpan niat gugur anak, tak tahan ‘nurse’ kutuk hamil jarak dekat

Wanita pernah simpan niat gugur anak, tak tahan ‘nurse’ kutuk hamil jarak dekat

 

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti membuat ‘perancangan keluarga’ untuk kelangsungan hidup, namun ada juga sesetengah ibu yang ‘tidak sengaja’ positif mengandung.

Jika hal ini berlaku oleh sesetengah ibu, sudah semestinya mendengar nasihat daripada pihak berwajib sangat diperlukan tetapi kadang kala golongan seperti ini sering menambah tekanan yang sedia ada dilalui oleh si ibu.

Melalui perkongsiaan seorang ibu dua anak di TikTok baru-baru ini, dia memberitahu pengalaman yang kurang senang dilalui olehnya sewaktu mendapatkan nasihat oleh nurse serta doktor di sebuah Klinik Kesihatan (KK) kerana hamil jarak dekat.

@orked_iman

Aku tak nafikan nasihat doc n nurses. aku setuju n aku syg diri aku. tp aku yakin ramai je org yg mcm aku. alhamdullilah shat2 je kan ☺️

♬ original sound – Orked Iman – Orked Iman

Bagaimanapun, wanita tersebut berasa kurang senang apabila semua staf di KK tersebut curi-curi mendengar memandangkan meja masing-masing berdekatan.

Mana yang dok ada anak setahun satu tu? Tak sayang rahim ke..

Menurut wanita tersebut, lagi menyakitkan bila mendengar staf-staf tersebut mengumpat tentang dirinya ketika hadir setiap bulan untuk check up hinggakan sampai satu tahap sudah tidak tahan dan dia bersuara ingin mengugurkan anak dalam kandugan dengan nada yang kuat.

@orked_iman

Tak boleh jaga attitude, jagalh air muka kita kan. apa yg aku ckp tu sekadar nak diamkan mulut dorg je.tkde niat pn. just to share with you guys ✌🏻

♬ original sound – Orked Iman – Orked Iman

Meninjau di ruangan komen, sesetengah netizen turut bersependapat bahawa memang wujud staf-staf Klinik Kesihatan yang berperangai sedemikian tanpa memikir perasaan si ibu.

komen netizen

komen netizen

Dalam pada masa yang sama, mereka turut bersimpati terhadap wanita tersebut kerana terpaksa lalui dilema serta tekanan emosi semasa menghamilkan anaknya.