Tertekan fikir anak di Gaza, wanita Palestine mengamuk di Wisma Transit mohon maaf

Tertekan fikir anak di Gaza, wanita Palestine mengamuk di Wisma Transit mohon maaf

Wanita warga Palestin yang ‘naik hantu’ dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) membuat permohonan maaf berhubung tindakannya, petik Sinar Harian.

Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah kesal dengan tindakan yang dilakukan di WTKL, mengakui insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, punca amarahnya di luar kawalan adalah tertekan kerana memikirkan kondisi anaknya yang masih berada di Gaza, apatah lagi dia tidak dapat berhubung dengan mereka.

“Saya minta maaf dan sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya bersumpah kepada Tuhan, saya tidak buat dengan sengaja, kami sedang lalui situasi dan keadaan yang sangat sulit yang hanya ALLAH SWT sahaja tahu.

“Serius kamu (rakyat Malaysia) adalah orang baik, murah hati dan menghormati orang dan saya berterima kasih kerana menerima dan melayan kami dengan baik. Saya bersumpah dengan nama ALLAH SWT, kami mendapat apa yang terbaik. Apa yang saya cakap ini ikhlas dari hati saya.

“Kamu melayan kami (rakyat Palestin) dengan segala kebaikan, rasa hormat dan penghargaan. Kamu sudah melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab, tetapi kamilah yang melakukan kesalahan terhadap anda (rakyat Malaysia),” ujarnya dalam satu klip di platform TikTok.

Ibu kepada tiga anak syahid itu dengan rendah hati juga berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat memaafkan tindakan yang dilakukannya tempoh hari.

“Saya bersumpah dengan nama ALLAH SWT dan sekali lagi memohon maaf kepada anda atas apa saya lakukan dengan penuh penyesalan yang besar,” katanya.

@tahreergh

Dengan segala hormat kepada ATM dan semua pihak yang terlibat dalam kes perempuan Palestin yang menjadi viral 2 hari yang lepas di Wisma Putra Malaysia.. saya nak kongsi video perempuan yang sama tapi kali ni content video dia lain sangat dari video yg viral tu .. Rasulullah SAW bersabda: كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ. Maksud hadis ini adalah: Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat. Hadis riwayat Al-Tirmizi. Ujian besar buat manusia adalah keupayaan untuk memaafkan orang yang membuat salah kepada beliau .. semoga Allah memberi keupayaan ini kepada kami semua.. Walau menjadi apa2 pon, kami rakyat Palestin tetap sayang Malaysia dan rakyat Malaysia.. ikhlas dari hati tahu 🥹🇲🇾🇵🇸 TahreerGh Gh

♬ original sound – TahreerGh – TahreerGh

Aminah antara 127 rakyat Palestin yang selamat tiba di Malaysia pada 16 Ogos lalu.

Mereka dibawa menggunakan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mendapatkan rawatan di negara ini.

Sebelumnya, tular di media sosial menunjukkan sekumpulan rakyat Palestin menimbulkan kekecohan di WTKL.

Sebahagian mereka dilihat bertindak kasar dengan melemparkan selipar ke arah seorang pegawai penguat kuasa.

Beberapa turut merosakkan harta benda premis berkenaan susulan dipercayai kecewa selepas tidak diizinkan untuk menginap di luar WTKL.

Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali dalam masa yang sama turut memohon maaf mengenai insiden yang berlaku itu.