Wanita Palestin bina sistem penapis air di Gaza jadi perhatian ramai

Wanita Palestin bina sistem penapis air di Gaza jadi perhatian ramai

 

Seorang wanita Palestin di Gaza telah menjadi perhatian ramai apabila dia berjaya membina sebuah sistem penapis yang boleh menapis air laut menjadi air yang selamat digunakan untuk kegunaan harian mereka di sana.

Sistem penapis air itu telah dibina oleh Inas al-Ghoul, iaitu seorang jurutera pertanian di Palestin.

Alat penapis air itu ciptaan wanita kuat itu telah dikongsikan menerusi YouTube Middle East Eye beberapa hari lalu.

Dalam video YouTube yang berdurasi selama lebih seminit itu, Inas telah menjelaskan cara bagaimana sistem penapis air itu berfungsi.

Sistem penapis air itu merupakan sebuah kotak yang diletakkan di dalamnya lapisan getah dan sekeping kaca dalam keadaan bercerun.

Menurutnya, dalam bahasa mudah, proses itu ialah proses penyulingan.

Air kemudiannya akan menitik masuk ke dalam satu saliran yang telah disambungkan ke sebuah paip.

Air itu selepas itu akan ditapis sebanyak dua kali menggunakan arang teraktif (activated charcoal), kemudian ia akan masuk ke dalam tangki air tersedia sebelum boleh diminum dan digunakan untuk kegunaan lain.

Menariknya tentang sistem penapis itu ialah ia boleh berfungsi tanpa perlu menggunakan panel solar atau elektrik dan ia juga mampu bertahan lama.

Kos pembinaannya juga tidak mahal.