Wanita mengamuk anaknya dituduh mencuri, tindakan pengurus & pekerja 7-Eleven ini raih perhatian peguam

Wanita mengamuk anaknya dituduh mencuri, tindakan pengurus & pekerja 7-Eleven ini raih perhatian peguam

 

Saya tonton video, wanita yang marah-marah pekerja di Seven Eleven kerana menuduh anaknya mencuri.

Kalau menonton video menjerit-jerit begitu, pekik dan naik suara. Sejak tidak langsung, jantung kita jadi laju, perasaan hendak naik angin juga sama.

Saya betul-betul hormat cara pengurus ‘manager’ dan pekerja di Seven Eleven atasi situasi. Pengurus itu seorang wanita itu tenang, cara dia menjawab lebih kepada mencari penyelesaian. Berulang kali dia cuba tenangkan situasi.

“Mu diam! Mu diam!”, marah wanita itu, sewaktu pengurus ini cuba mencari penyelesaian.

Pengurus ini hendak dengar dari mulut si anak tetapi kerana si ibu yang asyik menangkan anaknya, semua usaha untuk cari penyelesaian seakan-akan gagal.

Apabila si anak lihat si ibu makin membela, lebih yakin budak itu menyalahkan pekerja-pekerja dan mengatakan pekerja yang menuduhnya. Teringat saya dalam babak filem Anakku Sazali, “Pak, pak percaya pada Sazali kan pak?”

“Ya, bapak percaya”. Seterusnya kita pun lihat bagaimana Sazali itu jadi dewasa. Hmm, watak Sazali itu ramai dalam masyarakat sehingga terlewat untuk dilenturkan semula. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sambil saya menonton, sambil saya kagum dengan kesabaran pekerja Seven Eleven mengendalikan situasi. Memang kerja peguam ini susah dan payah tetapi menonton video ini, saya rasakan pekerjaan mereka sama payah atau lagi payah!

Kenapa payah? Juruwang, manager, rider, pelayan gerai makan, sales assistant dan kerja-kerja lebih kurang sama dengannya iaitu yang jenis ‘frontliners’ jualan barangan dan berhadapan dengan pelanggan ini, sangat payah!

Tidak boleh duduk, berjam-jam lama berdiri. Melayan sikap orang, sibuk dengan kerja-kerja yang diarahkan majikan. Tiba-tiba datang pula pelanggan yang berperangai ‘Karen’ yang tahu mencari salah orang dan semua perkara tidak kena di matanya.

Karen ini istilah yang dimulakan di USA bagi mereka yang begini. Merujuk kepada perempuan, berkulit putih, rasis dan merasakan dia lebih serba-serbi. Cuba Google tentang si Karen ini.

Kalau saya bekerja yang begini, naik pening hendak melayan sikap manusia yang sebegini. Hendak selesaikan masalah ada banyak cara dan kaedah.

Penggunaan intonasi, cara bercakap, mimik muka semua main peranan. Kalau masalah sekecil-kecil masalah pun boleh jadi bergaduh sampai ke malam dek kerana sikap dan cara mengendalikannya.

Ambil contoh sesat jalan, kalau terlepas simpang. Situasi dalam kereta, bila tersesat jalan, tiba-tiba orang di sebelah, “Ya Allah sesat. Apa tak fokus??Melangut je!!! Benda simple takkan tak boleh nampak??? Kan ke nak u-turn tu jauh lagi!!! Nak kena bayar dua tol u-turn..bla..bla..bla..”, tak habis-habis dengan suara yang meninggi, dengan mimik muka berkerut-kerut dengan gerak tubuh membentak. Hmmm.

Bukan kata gerak tubuh atau intonasi. Tulisan yang banya tanda seru !!!!! atau tanda soal ?????, begini juga memberi kesan yang berbeza.

Situasi yang sama, sesat jalan, terlepas simpang. Orang yang di sebelah, sama ada ketawa atau ‘cool’. “Lerr. Silap pulak. Hah, depan tu ada u-turn. Settle. Saja la tu, nak duduk dalam kereta lama-lama”, sambil dengan gaya bersahaja. Selesai. Aman.

Bezakan? Situasi sama kan? Mencari salah, kenapa sesat? kenapa terlepas lorong? Itu dan ini, tidak akan selesai. Salah sudah tentu jadi, simpang pun telah terlepas. Paling utama cari penyelesaian.

Kalau hendak sembang salah, kenapa dan kenapa. Memang tidak akan selesai. Berepisod lamanya. Cari penyelesaian. Ambil tindakan. Selesai. Move on!

Oleh Nor Zabetha

Tular sejak semalam di media sosial apabila sorang wanita dilihat mengamuk di sebuah 7-Eleven apabila dikatakan seorang pekerja di kedai berkenaan didakwa ‘menuduh’ anak kepada wanita ini mencuri.

Dakwaan tersebut sekaligus turut membuatkan ibu kepada kanak-kanak tersebut hadir ke cawangan 7-Eleven berkenaan dalam bertanyakan punca anaknya dituduh mencuri berikutan anaknya menangis teresak-esak sebaik sahaja pulang ke rumah.

Dalam pada itu, apa yang menjadi perhatian ramai adalah perlakuan dua beranak ini di mana ibunya bertindak dengan penuh emosi dengan menaikkan suara serta menjalankan Facebook Live sebagai ‘pengajaran’ kepada pelanggan-pelanggan lain dan pekerja kedai tersebut.

Perlakuan anaknya turut mencuri perhatian netizen apabila dilihat kerap menyepah barangan serta menendang kaunter berkenaan berikutan pertanyaan yang diterima.

@wawapinky1603

♬ original sound – Hazwani – Hazwani

ideo yang meraih lebih sejuta tontonan itu sekaligus turut mengundang kepada pelbagai perbincangan di kalangan netizen melihatkan kepada tindakan dua beranak ini dalam berbincang dengan pekerja 7-Eleven. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

SUMBER: TIKTOK WAWAPINKY1603

SUMBER: TIKTOK WAWAPINKY1603

Menampar anak, bercakap kasar serta lebih memihak kepada cakap anak berbanding pertanyaan pekerja 7-Eleven antara yang menjadi perhatian ramai.

Menerusi perbincangan dalam video difahamkan pekerja 7-Eleven sekadar bertanyakan sama ada kanak-kanak tersebut mencuri atau sebaliknya selepas mendengar perbualan rakan kanak-kanak tersebut melibatkan kecurian. Situasi menjadi lebih rumit apabila kanak-kanak tersebut melaporkan kepada ibunya bahaya beliau dituduh oleh pekerja 7-Eleven tersebut.

Menerusi perkongsian  Facebook wanita berkenaan iaitu Wan Noor Baizura, beliau memaklumkan anaknya disahkan tidak mencuri selepas pekerja 7-Eleven tersebut mengatakan tiada barang yang hilang.

Pekerja 7-Eleven dimaklumkan turut memohon maaf atas apa yang berlaku kepada dua beranak ini manakala wanita tersebut turut tampil membuat permohonan maaf kepada netizen.