Wanita mengadu dirogol bapa kandung hingga lahirkan dua anak, ibu langsung tak endah

Wanita mengadu dirogol bapa kandung hingga lahirkan dua anak, ibu langsung tak endah

 

Seorang lelaki tergamak rogol anaknya yang kini berusia 20 tahun sejak lapan tahun lepas lagi dan dia telah ditahan bersama isterinya.

Menurut laporan Berita Harian, laporan telah dibuat mangsa pada jam 11 malam 1 Mei lepas dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed.

Mangsa mengadu kepada pihak polis yang dirinya telah menjadi mangsa rogol bapa kandungnya itu sejak berusia 12 tahun.

Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.

Yang paling terkilan, mangsa pernah ceritakan perkara itu kepada ibunya tapi tidak langsung tidak diendahkan.

Ibu pengadu tidak mengendahkan aduan yang dibuat mangsa walaupun mangsa sudah melahirkan dua orang anak.

Bertindak atas aduan mangsa, polis menahan pasangan itu pada 3 Mei lalu.

Apabila melakukan semakan rekod lampau, polis mendapati kedua-dua suspek ada rekod jenayah narkotik.

Suspek walau bagaimanapun telah dibawa ke Mahkamah Seremban dan telah direman 4 Mei hingga 8 Mei ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B kerana sumbang mahram yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan.