Wanita maut kereta terbabas langgar pokok

Wanita maut kereta terbabas langgar pokok

 

Seorang wanita maut manakala suami dan anaknya cedera apabila kereta yang dipandu dipercayai terbabas dan melanggar pokok di Jalan Dato Ali, Kuala Perlis, awal pagi Aidilfitri.

Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata suami dan anak mangsa sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

“Pada kejadian 7.15 pagi itu, mangsa yang dikenali Mira Azira Mohamad, 33, disahkan maut di lokasi kejadian manakala suaminya, Nor Radzuan Abd Rahman, 33, serta anaknya, Rabiatul Adawiyah Nor Radzuan, empat tahun mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Siasatan awal mendapati tiada kesan brek di lokasi kejadian dan keadaan cuaca baik serta jalan kering. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.