Wanita ‘Mat Saleh’ dapat perhatian Permaisuri Pahang selepas kongsi resepi spaghetti kuah petai

Wanita ‘Mat Saleh’ dapat perhatian Permaisuri Pahang selepas kongsi resepi spaghetti kuah petai

 

Seorang wanita asing berkongsi resipi spaghetti yang agak luar biasa kerana menggunakan petai sebagai kuah atau sos dan ia telah menarik perhatian rakyat Malaysia.

Malah, resipi ini turut mendapat perhatian Permaisuri Pahang, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut memuji resipi ini.

Berkongsi video di laman TikTok, Georgia pencipta @simplegreensoul, sebuah laman yang mempromosikan gaya hidup berasaskan tumbuhan.

@simplegreensoul

Replying to @zanabhell thanks for the recipe idea! #petai #spaghetti #spaghettisambal #petaispaghetti

♬ original sound – 🤍🥥S•phia🐚🍨

Resipi ini diilhamkan oleh seorang netizen pada salah satu video TikTok Georgia sebelum ini yang mengatakan bahawa dia memasak spaghetti dengan petai.

Beliau menunjukkan petai pada permulaan video sebelum menunjukkan cara membuat hidangan tersebut.

Langkah-langkahnya hampir sama seperti membuat hidangan spaghetti yang lain tetapi dengan semua bahan berasaskan tumbuhan dan beberapa langkah tambahan.

Langkah tambahan tersebut termasuk menambah sambal dan tentunya, petai.

Ramai rakyat Malaysia yang hadir di ruangan komen memuji resepi tersebut, walaupun ada yang mengkritik penggunaan petai sebuah kuah bagi hidangan spaghetti.

Apa yang paling menarik, akaun TikTok rasmi Permaisuri Pahang turut tampil memberi komen pada video tersebut, mengatakan bahawa baginda mahu mencuba resipi tersebut.

Georgia kemudian membalas komen tersebut dengan menggesa Tunku Azizah Aminah untuk mencubanya dan mengucapkan terima kasih atas komennya.

Petai 1

 

Dalam beberapa komen yang lain, seorang netizen memberitahu Georgia bahawa orang yang memberi komen tersebut adalah Permaisuri Pahang, dan Georgia yang terkejut berkata bahawa Tunku Azizah Aminah begitu baik meluangkan masa untuk meninggal komen pada videonya.

Petai 3

Dia menambah bahawa walaupun ramai orang mengkritik resipi tersebut, Permaisuri Pahang begitu baik dengan mengatakan bahawa baginda ingin mencuba resipi tersebut.