Wanita luah rasa kesal, jemaah guna dua telekung di masjid dan jadikan kain solat

Wanita luah rasa kesal, jemaah guna dua telekung di masjid dan jadikan kain solat

 

Bagi sesetengah wanita, mereka mungkin lebih selesa membawa telekung sendiri saat keluar berjalan jauh kerana lebih memudahkan urusan ketika singgah menunaikan solat di mana-mana tempat.

Tambahan pula, terkadang bilangan telekung awam yang disediakan di sesuatu tempat mungkin agak terhad dan diragui kebersihannya.

Pun begitu, ada pula yang bersikap sewenang-wenangnya ketika menggunakan telekung percuma di mana-mana masjid atau surau awam.

Demikianlah kisah yang dikongsikan semula oleh Puan Lieza Ghazali di Facebooknya.

Baru-baru ini, dia telah berhenti di sebuah masjid di Kuala Perlih dan terlihat satu situasi yang kurang menyenangkan.

Wanita Kesal Saksikan Jemaah Ambil 2 Telekung Di Masjid & Jadikan Kain Solat

Ketika itu, telekung yang disediakan sudah habis memandangkan ramai orang singgah solat di masjid berkenaan.

Dalam masa sama, seorang jemaah masuk ke situ dan mula mengambil 2 telekung.

Disangka mahu berikan 1 pada rakannya, rupanya individu terbabit menjadikan telekung itu sebagai kain solat.

Dapat disaksikan, kepala telekung itu benar-benar dipijak olehnya.

Wanita Kesal Saksikan Jemaah Ambil 2 Telekung Di Masjid & Jadikan Kain Solat

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen ikut kesal melihat sikap yang dipaparkan oleh jemaah tersebut.

Apatah lagi, telekung sama pastinya dipakai oleh orang lain pula.

Perkongsian Puan Lieza telah meraih lebih 500 perkongsian semula di Facebook.

Wanita Kesal Saksikan Jemaah Ambil 2 Telekung Di Masjid & Jadikan Kain Solat