Wanita ini kongsi resepi sambal cili kering, stok makan yang tahan berbulan

Tiba sahaja bulan Ramadan, kadang-kadang kita pening menu apa yang mahu dimasak ketika sahur. Sememangnya, ia mestilah menu yang cepat dimasak dan simple.
Maklumlah, bukan semua orang ada selera makan ketika sahur kan? Tetapi, demi mengejar keberkatan, kita mengerjakan sahur dan melawan kemalasan di pagi hari.
Jadi di sini, kami ingin kongsikan perkongsian stok menu sahur yang tahan berbulan dan memang menyelerakan untuk dimakan bersama nasi panas.
Jom ikuti perkongisan resipi sambal cili kering oleh Ai Haizar Abdul Jabar ini!
Bahan-Bahan:
- cili kering
- minyak
- maggi cukup rasa
- garam
- ajinamoto
- gula
- bawang merah
- tepung beras kering
- ikan bilis
Cara Penyediaan:
1. Cili kering dipotong serong, buang biji dan goreng dengan minyak. Biarkan sejuk, blend kering+megi cukup rasa+garam+aji & sedikit gula.
Blend sampai jadi macam cili flakes.
2. Bawang merah hiris nipis, gaul dengan tepung beras kering lepastu goreng ikan bilis. Biarkan semua bahan sejuk.
3. Semua bahan dah sejuk, barulah campur dalam cili flakes dan gaul rata.
4. Siap sudah! Pedas, manis dan syoknya amat krup krap bila makan.
Wah, simple dan mudah kan nak masak sambal cili kering ni. Bahan mudah dengan cara penyediaan yang simple!
Bolehlah makan dengan nasi panas-panas. Hanya masak dan simpan dalam balang. Nanti sahur makan bersama nasi panas.
Semoga perkongsiaan sambal cili kering ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati.