Wanita ini kongsi pengalaman jadi rider, sebulan boleh dapat lebih RM5,000

Wanita ini kongsi pengalaman jadi rider, sebulan boleh dapat lebih RM5,000

 

Ramai yang terkesan dan kehilangan pekerjaan apabila syarikat yang menjadi tempat bergantung kebanyakannya kini sudah gulung tikar. Dalam keadaan kusut memikirkan peluang kerja yang boleh dilakukan untuk kembali bernafas seperti dulu, pekerjaan ekonomi gig dilihat sebagai peluang yang mudah diakses, fleksibel dan mampu memberikan pendapatan yang baik.

Zaman sekarang memerlukan wang yang banyak. Semua perkara perlukan duit walaupun sekecil-kecil perkara. Percaya atau tidak sebenarnya kerja makan gaji pun tak ‘mewah’ macam kerja sekarang.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh rakan-penghantar, Atiqah cukup menghargai pekerjaan yang dilakukan kini. Pada awalnya, dia hanya jadi penghantar GrabFood sambilan, tetapi akibat wabak yang melanda negara, dia memutuskan untuk jadikan Grab ini sebagai sumber pendapatan tetapnya.

Mujur ada pendapatan dengan Grab boleh dapat diskaun bila isi minyak kenderaan atau beli barangan keperluan. Ya betul, sebagai pemandu Grab, mereka layak mendapat pelbagai kemudahan termasuklah waktu bekerja yang fleksibel.

“Best ke buat Grab? Apa je yang dapat?”

Selalu kita dengar soalan begini kan? Jadi meh sini SK nak cerita apa yang Atiqah dan rakan-rakan yang lain dapat jika menjadi rider atau pemandu dengan Grab.

Potensi Pendapatan Sejam

Ramai yang tak tahu sebenarnya pendapatan sebagai ‘riders’ atau pemandu Grab ini boleh tahan juga, bayangkan korang ada potensi untuk menjana sehingga RM20 (rider) atau RM30 (pemandu) satu jam. Katakan sebulan kalau korang pandu Grab 8 jam sehari, 6 hari seminggu, korang boleh dapat lebih dari RM5,000

Bahkan, korang juga dapat menyimpan sebanyak sehingga RM200 sebulan dengan ‘GrabBenefits’.

Dapat diskaun petrol dan pembelanjaan

Grab juga mempunyai banyak manfaat untuk pemandu dan riders mereka melalui program GrabBenefits. Paling seronok bila dapat diskaun untuk pengisian minyak petrol, tukar tayar malah untuk berbelanja barang dapur, pakaian pun ada diskaun tau.

Sistem pendidikan percuma

Tingkatkan kemahiran melalui manfaat Akademi di GrabBenefits. Bukan itu sahaja, Grab juga menawarkan kursus untuk kepada mereka yang ingin meningkatkan kemahiran seperti belajar cara kendalikan Microsoft, pengurusan kewangan dan banyak lagi dengan percuma melalui GrabBenefits.

Insuran perlindungan diri dan keluarga, KWSP dan PERKESO

Selain itu, Grab turut memberi insuran perlindungan secara percuma kepada pemandu atau ‘rider’ Grab dan ahli keluarga (dengan premium) jika berlaku kemalangan. Bukan itu saja, Grab juga membuat potongan 10 peratus caruman KWSP bagi yang layak dan PERKESO.

Boleh ‘cash out’ setiap hari

Lain dari yang lain, bila dah jadi pemandu atau ‘rider’ Grab ini, barulah korang dapat semua kepentingan ini termasuklah masa yang fleksibel tak tidak terbeban dengan orang lain dan boleh cash out setiap hari.

Macam mana nak dapatkan semua faedah ni, paling penting dapat diskaun bila berbelanja tu…

Kalau korang tengah cari pendapatan lebih, jom daftar di Grab.com sekarang! Lepas 5 hari daftar, terus boleh bekerja, best kan?