Wanita ini kongsi itinerary Girls Day Trip ke Hatyai, bajet tak sampai RM100, seronok dapat makan dan jalan-jalan

Wanita ini kongsi itinerary Girls Day Trip ke Hatyai, bajet tak sampai RM100, seronok dapat makan dan jalan-jalan

 

Hatyai yang terletak tak jauh daripada Sempadan Malaysia sering menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Kalau tak nak bermalam, day trip pun dah memadai, boleh jalan-jalan sambil makan-makan. Yang penting bajet tak perlu banyak-banyak.

Aqilah Azizan menerusi hantaranya di group Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) berkongsi itinerari sehari ke Hatyai bersama teman-teman. Paling syok kos untuk setiap orang tak sampai RM100 pun.

Namun menurut Aqilah, kalau ada yang nak shopping dan terjah banyak lagi tempat kat sana, mungkin perlukan bajet yang lebih besar daripada yang dikongsikan. Apa-apa pun memang best baca perkongsian gadis ini dan teman-teman habiskan masa seharian di Hatyai.

Ikuti perkongsiannya:

HATYAI BUDGET DAY TRIP (Bawah RM100)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai saya kembali lagi tapi bukan Solo ke Hatyai

01 JULAI

(Girls Day Trip)

  • PARKING FREE DUTY (RM9) (jalan kaki 6 minit)
  • THAI IMMI
  • BFAST DI DANOK

Pulut Ayam + Milo Ais (100 baht)

  • MASUK HATYAI (100 baht van)( saya tak turun di bas station , terus ke plaza)
  • CENTRAL PLAZA (bawa kawan shopping)
  • DIMSUM CHABURA (50 baht tuktuk)

(closed 2pm)

(280 baht) Lunch dimsum + daging bakar + teh ais

cara kiraan dimsum

1 pot kecik 15 baht

1 pot besar 20 baht

nasi goreng / daging bakar / kerabu semua harga lain2

(jangan pick dimsum semua , makanan dalam menu dia pun sedap)

  • BAS STATION (49 baht naik grab)
  • BALIK DANOK (70baht Van)
  • THAI IMMI (jalan kaki)
  • DUTY FREE (jalan kaki)

Total Kebakaran 739 baht : MYR 91.58 (per head)

–> Kalau nak shopping di 7E DANOK sediakan duit lebih

–> Kalau nak bawa balik pulut ayam / pulut pelam pun sediakan duit lebih

–> Impromptu Plan masuk hatyai sbb nak makan saja , mmg takdak niat nak bermalam

–> Kalau nak shopping di Plaza boleh sediakan dalam RM200-300 (takut nafsu shopping tak boleh kawal)

–> Nak singgah Asean Night Market sempat , tp saya tak sure Van ke Hatyai last jam berapa + kena alert Thai Immi close pukul berapa , rasanya 10pm

–> Kalau tak pernah masuk Hatyai tu seeloknya bermalam , baru puas jalan

–> Tukar Duit di Danok dapat tinggi , (kedai sebelah 7E yg dah tutup

–>Pakai Sim brand Dtac

(laju nak mampoih)

(simcard beli di Kedai2 phone area Danok , yg juai dkt Thai immi selalu mahal sikit)

(naik Grab kena ada Thai Simcard)

instagram : qlhzzn (saya save highlight budget Day Trip)