Wanita ini kongsi cara simpan tepung dengan betul agar tahan lebih lama

Wanita ini kongsi cara simpan tepung dengan betul agar tahan lebih lama

 

Cara simpan tepung dengan betul sangat penting kerana ia boleh mengelakkan daripada bau hapak dan berulat. Teknik penyimpanan yang salah sudah tentunya akan menyebabakan kerugian dan terpaksa membeli baharu.

Jadi, sekiranya anda mencari tips cara simpan tepung, ini adalah artikel paling tepat untuk dibaca. Ikuti perkongsian lengkap di bawah.

Cara Simpan Tepung Dengan Betul, Baru Tak Bau Hapak

Saya share maca mana saya simpan tepung gandum dan pelbagai jenis tepung untuk tempoh yang lama.

Tepung yang dibeli saya masukkan dalam freezer dalam 2 minggu. Jangan risau, tekstur tepung tetap tidak akan beku tetapi dia akan mematikan segala kutu atau telur-telur ulat tepung yang ada dalam tepung tersebut.

Boleh sahaja nak simpan 1 minggu, tapi saya sengaja lamakan sikit. Selepas itu, keluarkan tepung dan biarkan dia dalam suhu bilik hingga hilang wap sejuk.

Lap kering-kering bungkusan tepung tadi dan simpan dalam zipper beg. Guna 2 zipper beg untuk setiap peket tepung. Zipper beg yang kedua, masukkan arah berlawanan bahagian lock/kepala zipper beg tu.

Jadi double layer supaya lebih selamat dari segala kutu yang mungkin masuk jika plastik pertama itu bocor.

Akhir sekali, simpan dalam balang plastik kuih raya atau bekas yang bersesuaian untuk makanan. InsyaAllah dengan cara ini, tepung tahan lama dan tak berulat.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!